fbpx

Hi, Saya Wan Muhd Ali


Buat mereka yang pertama kali ke blog ini, izinkan saya perkenalkan diri.

Nama saya Wan Muhd Ali, berasal dari Kuala Terengganu, Malaysia. Saya asalnya seorang pelukis jalanan (lukis potret) sebelum membina berbagai bisnes yang lain terutama bisnes online.

Saya mempunyai impian yang besar untuk automasikan bisnes (offline & online) dan bina pendapatan pasif yang tinggi.

Hampir setiap hari saya buat kajian, belajar, praktis dan bina berbagai cabang bisnes & pendapatan untuk hasilkan multiple passive income streams. Proses ini telah pun berlalu lebih dari 10 tahun. Banyak saya belajar, banyak saya bina & banyak yang telah saya lalui.

Kalau tak belajar, saya akan mengajar (berkongsi ilmu yang ada dengan orang ramai).

Sedikit info berkaitan diri saya & bisnes yang saya bina:

  • Telah menulis blog sejak tahun 2007.
  • Bermula sebagai pelukis potret jalanan pada tahun 2004.
  • Menjual berbagai produk digital & fizikal secara online sejak 2009.
  • Mula berkongsi ilmu bisnes online sejak 2013.
  • Penceramah jemputan oleh AIM, UNISZA, Teraju, YPU, Politeknik, UMP, Kelantan ICT Gateway dan ECER.
  • Pengasas Teori Puzzle & RYB (Redesign Your Business (salah satu ilmu bisnes yang terdapat dalam blog ini).
  • Penerima geran RM500k dari Teraju dalam program Superb.
  • Mengusahakan bisnes kilang produk kecantikan OEM, produk kecantikan jenama sendiri, servis printing & advertising, latihan & konsultansi, servis bina laman web & digital marketing.

Baik, cukup tentang saya.

Blog ini dibina untuk berkongsi dengan anda tentang ilmu-ilmu yang patut anda tahu tentang bisnes online, tip bisnes, cara buat duit dan juga cara membina pendapatan pasif.

Untuk itu saya telah membina berbagai tutorial dan kemudahan untuk anda mulakan perjalanan bisnes anda secara online.

Antara produk yang terdapat dalam blog ini ialah:

  • WMA Masterclass – Sebuah digital masterclass untuk anda belajar ilmu teknikal bisnes online.
  • WMA Membership Site Mastery (dalam proses..)
  • Work & Build Online Business Mastery (dalam proses..)

Semua produk di atas adalah dalam bentuk tutorial/kursus online.

Semoga dengan kursus-kursus digital di atas ia dapat membantu anda untuk membina bisnes dan gaya hidup yang diidamkan. Kerana dengan membina bisnes online, kita dapat capai kebebasan masa & kewangan.

Sekian dari saya,

Wan Muhd Ali

P.S. Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, saya cadangkan anda sertai WMA Masterclass. Di situ anda akan dapat belajar banyak perkara dan mencari idea di mana hendak bermula. KLIK DI SINI untuk daftar WMA Masterclass.

Sertai WMA Masterclass, Klik Di Sini!