Kenapa Saya Buat Apa Yang Saya Buat?

Ia adalah perjuangan membebaskan diri!

Ya! Bebaskan diri dari masalah kewangan, masalah pengurusan masa, tekanan kerja, tekanan perasaan dan kehidupan yang mencabar. Ini yang ramai orang hadapi termasuk saya sendiri.

  • Kurang masa bersama keluarga kerana sibuk bekerja.
  • Kurang masa beribadah kerana padat sangat dengan urusan dunia.
  • Kurang pendapatan dan kewangan, tidak mampu berbelanja dengan selesa.
  • Kurang melancong & lihat keindahan alam kerana masalah masa dan kewangan.
  • Terikat dengan kerja/bisnes yang dibina setiap hari.
  • Berkejar-kejar tiap2 bulan cari duit untuk bayar komitmen bulanan.
  • Sewa/loan rumah, kereta, bil api/air/internet/coway/cuckoo/tel/sekolah anak/insuran/court dan banyak lagi.
  • Sewa permis/gaji staf/ KWSP/ Cukai dan semua tanggungan bisnes.

Begitulah lebih kurang komitmen kita dalam hidup setiap bulan. Sentiasa berlari-lari mengejar dunia untuk tampung kehidupan harian.

Sampai mak ayah kat kampung pun jarang sangat kita balik jenguk. Anak-anak kecil pula terpaksa serahkan kepada pengasuh. Jika nasib kurang baik, anak-anak jadi mangsa penderaan.

Suami isteri pun jarang berjumpa. Kau kerja sana, aku kerja sini. Kau kawan dengan orang lain, aku kawan dengan orang lain. Balik kerja sampai rumah sudah malam. Barulah bertemu satu keluarga sebelum tidur.

Inilah Harga Yang Perlu Dibayar Jika Kita Terikat Dengan Belenggu Hidup!

Maka adakah kita nak teruskan hidup seperti ini?

  • Inikah yang kita cari ketika di awal perkahwinan yang kita bina dengan penuh kasih sayang?
  • Beginikah cara kita balas budi ibu ayah kita yang membesarkan kita?
  • Tinggalkan mereka di kampung dan balik setahun sekali ketika musim perayaan?

Lain orang, lain cara hidup yang ingin dibina.

Saya tidak mahu hidup dalam keadaan begitu.

Saya mahu hidup dalam keadaan bebas masa dan kewangan. Ia bukan mudah. Tapi tentu ada jalannya!

Kerana itu saya bina apa yang saya ada sekarang…

Apa Yang Saya Buat?

Saya buat sesuatu yang boleh bantu saya bebas masa dan kewangan. Antaranya adalah:

  • Bisnes bersistem
  • Buat duit online
  • Bina team
  • Bina platform online

Pada peringkat awal semua ini agak sukar dilakukan. Namun lama kelamaan ia semakin mudah dan berjalan lancar. Tak apa kita susah dulu sementara untuk tempoh masa tertentu. Contoh: antara 3 tahun, 5 tahun hingga 10 tahun pertama. Jangan kita susah dan sibuk selama-lamanya.

Ini yang ingin saya kongsi dalam blog ini. Sesuatu yang boleh bantu anda bebas masa dan kewangan. InsyaAllah…

Nak tahu lebih lanjut bagaimana untuk bermula?

Klik Di Sini!