6 Cara Buat Duit Dengan YouTube & Group Support

Orait, kali ni kita nak bincang berkaitan tentang kehidupan sebagai seorang Youtuber atau Vlogger.

Kini rahsia kenapa ramai Youtuber boleh hidup senang tanpa bekerja 9 to 5 sudah tidak asing lagi.

Ramai yang sudah tahu bahawa orang-orang yang hasilkan video dalam YouTube dapat jana pendapatan lumayan.

Sejauhmana lumayannya pendapatan mereka? Di negara kita (Malaysia) contohnya, ada maklumat menyatakan Channel Les’ Copaque (Upin Ipin) jana pendapatan lebih kurang RM735,000 sebulan! Wow!!

Manakala Dato Seri Aliff Syukri ada menyatakan beliau dapat jana pendapatan lebih RM50k sebulan dari YouTube. Maka ini bukan lagi satu sumber pendapatan yang boleh dibuat main. Walaupun nama yang saya sebutkan tadi mungkin merupakan nama2 besar di Malaysia, namun masih ramai Youtuber dari kalangan orang biasa-biasa juga dapat jana pendapatan antara RM10k – RM50k setiap bulan.

Taip saja di Google atau YouTube senarai orang Malaysia yang dapat pendapatan paling tinggi dari YouTube. Anda akan jumpa. Jika di luar negara, mereka boleh jana pendapatan sehingga USD1 juta sebulan. Memang pecah kepala punya pendapatan. Hanya dengan memuatnaik video di YouTube!

Fuh! Tak sabar nak pendapatan macam tu juga, kan! Yang bestnya pendapatan tu boleh jadi pasif dan tak perlu buat kerja-kerja berat atau penat nak layan customer bagai. Hanya perlu pastikan konten (video) yang dihasilkan berkualiti.

 

Jadi Macam Mana Caranya Mereka Dapat Duit Dari YouTube?

Cara yang paling utama ialah dengan mengaktifkan ruang iklan di channel video kita. Ia adalah satu program pengiklanan oleh Google yang dikenali sebagai Google Adsense. Untuk penjelasan ini saya tidak mahu menulis panjang, sila tonton video di bawah.

Saya terangkan 6 cara bagaimana untuk buat duit dengan menggunakan YouTube.

 

Bagaimana Nak Bermula?

Saya pasti ramai yang nak belajar bagaimana cara untuk buat duit dari YouTube. Bagaimana nak start dan apa yang perlu dibuat.

Ini bukan kerja sehari dua, ia perlukan komitmen yang tinggi dan konsisten (istiqamah) dalam menghasilkan konten.

Untuk itu saya bina sebuah FB Group untuk support Youtuber2 baru supaya tak patah semangat, tidak lost dan mendapat sokongan bersama ahli-ahli yang lain.

Macam mana nak join group ini?

Baik, sebelum anda join group, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

  1. Subscribe YouTube Channel saya dahulu dan jangan lupa tekan loceng (bell) supaya anda mendapat notifikasi. Langkah ini penting kerana saya akan share tip2 membuat duit dari YouTube dan bisnes online dalam channel ini. Bila nak buat sesuatu perlulah ada ilmu, apa yang saya telah buat dan belajar, saya akan share dalam channel ini. Klik DI SINI untuk subscribe sekarang!
  2. Request join group.KLIK DI SINI untuk sertai group support dan tips buat duit dengan YouTube.

 

Selepas anda dimasukkan ke dalam group jangan lupa tonjolkan diri anda. Perkenalkan diri, beritahu apa niche yang anda buat dalam YouTube dan berikan link YouTube anda supaya ahli group boleh subscribe dan tonton video yang dihasilkan.

Bukan senang untuk tarik orang tonton video kita jika kita masih baru dan video kita tidak setanding Youtuber2 pro di luar sana. Maka beri sokongan kepada ahli lain dan ahli dalam group juga akan beri sokongan kepada kita.

Baik, saya tak mahu sembang panjang lagi. Jumpa kita dalam group nanti.