Entries by Wan Muhd Ali

Takut Nak Ambil Staf Bekerja

“Tuan, saya takut nak ambil pekerja kerana takut tak mampu bayar. Duit yang ada pun sikit sahaja, cukup untuk tampung saya saja..” Jawab: Yakin dengan rezeki Allah.. Kita ambil orang bekerja, bukan kita yang beri mereka rezeki. Allah yang akan tentukan. Kita hanya sebagai penyebab rezekinya masuk. Apabila kita ambil orang bekerja, yakinlah bahawa dia […]

Tiada Masa Untuk Kembangkan Bisnes

Ini situasi sukar yang sering dialami usahawan. Bertahun-tahun berniaga tetapi sukar untuk kembangkan bisnes. Nak kata tak ada projek, tak ada pelanggan dan seumpamanya, tidak juga sebab tempahan pelanggan bukan main banyak lagi yang belum siap. Cuma dah tak mampu terima lebih banyak tempahan kerana sudah terlalu sibuk menguruskan tempahan yang sediada. Apatah lagi untuk fikirkan bagaimana […]

FB Ads. Engagement Menurunkan Kos Iklan

Engagement ialah aktiviti pembaca pada post kita samada mereka like, komen, share atau klik post tersebut.. Sebagai contoh, mereka komen ‘PM’. Ramai peniaga marah apabila ada orang komen ‘PM’ pada post iklan mereka kerana semua detail sudah ditulis dan no.tel untuk dihubungi sudah disediakan. Saharusnya kita bersyukur jika ramai orang yang komen seperti itu atau […]

Ramai Graduan Menganggur, Apa Yang Patut Dilakukan Untuk Mereka?

Pada 21 Mac yang lepas, saya telah dijemput memberi ceramah tentang keusahawan dan pengalaman dalam perniagaan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap). Alhamdulillah, program berjalan lancar dan para pelajar mendapat suatu suntikan baru yang mungkin mereka tidak pernah terfikir sebelum ini. Semoga dengan adanya program2 seumpama ini, terlahir lebih ramai usahawan di kalangan graduan berbanding hanya […]

Tahu semua perkara?

Dalam bercakap-cakap dengan orang bisnes, jangan tunjukkan seolah-olah kita tahu semua perkara. Bercakap hanya apabila ditanya. Beri pandangan hanya apabila diminta. Banyak kerugian apabila pamerkan diri seolah-olah tahu semua perkara, antaranya: Orang meluat dengan sikap kita yang menjadi Profesor serba tahu. Orang sukar berkongsi ilmu kerana disangka kita sudah pandai. Orang ingin melihat apa yang […]

Berusaha Memajukan Diri

Jika kita tidak berusaha memajukan diri, Kita mungkin akan menjadi satu beban kepada orang lain. Jangankan ingin membantu orang, sebaliknya mungkin akan menyusahkan orang. Kita ada pilihan, kita ada kudrat, kita mampu mengubah siapa diri kita. Jadi insan bermaruah. Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Bab 6 – Teknik Menjual

Ramai orang tidak suka apabila kita datang menerpa mereka dan menjual produk-produk yang kita ada secara terus. Cara ini membuatkan orang akan lari dari kita. Cara menjual seperti itu dikenali sebagai hard-sell. Cara ini sudah ketinggalan zaman. Kini kita perlukan teknik menjual yang lebih baik yang dikenali sebagai soft-selling. Jual sesuatu dalam keadaan orang tidak […]

Bab 5 – Strategi Pemasaran

Perkara paling penting dalam perniagaan ialah pemasaran. Orang yang pandai membuat pemasaran boleh menjual apa sahaja. Orang yang ada produk belum tentu dapat menjual produknya jika beliau tidak pandai memasarakan produk tersebut. Dalam bisnes online terdapat beberapa strategi pemasaran yang sememangnya sudah terbukti amat efektif. Antaranya ialah: Email marketing Affiliate marketing Content marketing Social marketing […]

Bab 4 – Membina Platform

Apa Itu Platform? Platform yang dimaksudkan di sini ialah TAPAK perniagaan anda dalam internet. Pada 5 atau 10 tahun yang lepas, platform perniagaan ini biasanya melibatkan satu perkara sahaja iaitu laman web. Mana2 usahawan yang ingin berniaga secara online perlukan laman web sebagai platfom perniagaan mereka. Namun zaman sekarang teknologi sudah berubah. Cara orang menggunakan […]

7 Aktiviti Utama Orang Bisnes Di Facebook

7 Aktiviti Pemasaran Utama Yang Perlu dilakukan Untuk Berjaya Dalam Bisnes FB. 1 – Membina Hubungan. 2 – Membina Kredibiliti. 3 – Membina Tribe. 4 – Membuat Iklan. 5 – Menjual. 6 – Follow Up. 7 – Support. Keterangan:   Membina Hubungan Ini adalah aktiviti paling utama apabila kita berniaga di FB. Ia adalah aktiviti […]