10 Saluran Yang Patut Digunakan Untuk Bina Personal Branding

Apa yang patut kita buat apabila mahu bina personal branding di alam cyber?

1 – Bila personal blog/website

Di sini tempat kita berceloteh berkaitan niche yang disasarkan. Tulis artikel2 berkaitan dan info yang memberi manfaat kepada pembaca.

2 – FB Profile

Gunakan fb profile yang mempersembahkan ‘siapa anda’ secara santai. Di sini rakan (friend) atau pengikut (follower) ingin mengenali anda sebagai seorang manusia. Bukan robot yang hanya tahu membuat iklan dan pemasaran.

3 – FB Page

Ini adalah tempat berkongsi info yang lebih profesional. Ia digunakan untuk membina hubungan baik dengan pengikut, buat pemasaran, iklan, perkembangan (scale-up) dan bantuan (support).

4 – FB Group

Yang ini hanya diperlukan jika kita ingin berkongsi posting2 khas kepada kumpulan atau komuniti tertentu sahaja. FB Group boleh dibina berbeza-beza sebagai contoh:

    Group support
    Group pelanggan
    Group coaching
    Group video live dan sebagainya.

5 – Telegram Channel

Bagi memudahkan pengikut mendapat update terkini, bina sebuah saluran telegram khas untuk mereka. Di sini mereka akan dapat mengikuti post2 kita terus ke telegram mereka dan mendapat notifikasi. Tiada gangguan soalan2, iklan2 dari pengikut lain seperti group di whatsapp. Mereka hanya boleh baca posting kita sahaja.

6 – Instagram

Ia adalah media sosial untuk berkonsi moment atau detik2 melalui gambar dan video. Pengikut yang suka mengikuti perkembangan dan gaya hidup kita dari masa ke semasa ingin melihat bagaimana corak hidup. Ia sesuai untuk golongan popular seperti artis, DJ, penyanyi, usahawan produk kecantikan dan seumpamanya.

7 – Youtube Channel

Ini umpama sebuah diari video yang menghimpunkan konten2 video yang kita bina. Kita boleh hasilkan video tutorial, rancangan TV sendiri dan menarik lebih ramai penonton yang akan menjadi pengikut kita.

8 – Snapchat (optional)

Ia lebih popular di luar negara. Jika di Malaysia, ia lebih banyak digunakan oleh golongan muda dengan tujuan bersosial semata. Snapchat hakikatnya merupakan saluran yang sangat berpengaruh untuk menarik pengikut menonton aktiviti kita secara live. Dalam masa yang sama boleh digunakan untuk mempromosikan diri, servis, produk secara live.

9 – Email Database / Content

Ini agak advance. Tetapi sangat efektif. Pengikut yang benar2 ingin belajar sesuatu atau mendapat info dari kita, mereka sanggup berikan alamat email dan mengikuti mesej2 yang kita hantar ke email mereka. Di sinilah berkumpulnya database bakal-bakal pelanggan yang sangat berpotensi.

10 – Bina Produk Digital / Fizikal

Produk digital seperti ebook, video, audio atau artikel. Produk fizikal pula seperti buku, program2, acara, seminar, bengkel dan sebagainya. Produk-produk umpama ini akan memberi nilai tambah kepada kita untuk menarik pengikut yang berkualiti untuk lebih mendalami ilmu yang kita sampaikan atau lebih mendekati kita.

Baik! 10 perkara ini sekali lihat macam banyak sangat kerja kena buat. Jangan risau, buat satu-satu dahulu. Bermula dari mana yang kita mahir.

Kemudian bangunkan satu persatu menjadi sebuah rangkaian digital yang mempersembahkan diri kita. Dari situ pengikut akan menemui sebuah perjalanan yang panjang tentang diri kita.

Berulang-ulang mengikuti kita di media sosial dan dalam berbagai-bagai saluran. Maka melekatlah personal brand kita dalam kepala follower.

Begitulah.

Maaf, twitter, pinterest dan linkedin tak termasuk dalam senarai kali ni. Twitter sesuai untuk golongan profesional yang sudah punya pengikut. LinkedIn untuk golongan profesional dan kerjaya. Pinterest pula lebih kepada golongan seni dan kreatif.

Wan Muhd Ali

www.wanmuhdali.com

Bagaimana Cara Orang Bisnes Berfikir?

Dalam audio kali ini saya kongsikan bagaimana mindset atau cara berfikir orang bisnes.

Dengan cara berfikir yang betul, kita dapat kembangkan bisnes ke tahap seterusnya.

APA YANG MEMBUATKAN SESUATU BISNES ITU BERJAYA?

Bukan kerana produknya.
 
Produk tak bagus, ia boleh dibaiki.
 
Bukan kerana sistemnya.
 
Sistem tak baik, boleh diubahsuai.
 
Bukan kerana Team.
 
Team boleh bertukar ganti.
 
Bukan kerana pemasarannya.
 
Pemasaran yang lembab boleh dikemaskini.
 
Bukan kerana modal.
 
Tak ada modal, boleh dicari.
 
Bukan kerana ada pelanggan tetap.
 
Bisnes memang bermula tanpa pelanggan.
 
Bisnes bukan berjaya kerana ada syarikat Sdn. Bhd, PLT atau enterprise.
 
Ia hanya satu lesen yang menentukan cara kita berurus niaga.
 
Bukan juga kerana ada pelabur atau budget yang besar.
 
Ini boleh dicari dan diusahakan.
 
Sesuatu bisnes akan berjaya apabila…
 

YOU NEVER GIVE UP!

 
Selagi tidak berputus asa, anda mampu mengubah bisnes itu dari biasa2 menjadi empayar kejayaan yang besar.
 
Jika kamu mahu jatuhkan sesebuah bisnes, jatuhkan semangat dan keupayaan pengusahanya sehingga mereka berputus asa.
 
Jika kamu tidak mampu melakukan perkara itu, maka lihat saja mereka kembali bangkit untuk mencapai kejayaan.
 
Salam kejayaan buat mereka yang tidak pernah berputus asa.
 
ANDA INSPIRASI DUNIA!
 
Sila share post ini atau tag rakan2 bisnes anda sebagai movitasi pembangkit semangat mereka.

Bagaimana Meng-online-kan Bisnes Offline Anda?

Kita ambil contoh kedai menjual sate tepi jalan.
 
Bahan2 yang diperlukan:
  • 1 Facebook Profile
  • 1 Facebook Page
  • 2 FB Group
  • 1 nama domain
  • 1 hosting
  • 1 laman web
  • 1 No. whatsapp
  • 1 Ads manager
  • 50 – 100 gambar2 bisnes
 

Langkah 1:

Bina satu website, masukan domain, hosting yang dinyatakan di atas tu di sini.
Apa tujuan website ini?
  • Branding
  • Marketing
  • Info tentang bisnes
  • Order online/booking
  • Senarai harga
  • Contact form
  • Google listing
  • FB pixel
  • Google My Business

Langkah 2:

Login ke FB profile kemudian bina:
  • FB Page
  • FB Group
  • Ads Manager (FB Ads)
Apa tujuan 3 perkara di atas?
 
FB Page:
  • Update perjalanan bisnes
  • Branding
  • FB listing
  • Carian Google
  • Marketing
  • Iklan
  • Bina hubungan
 
FB Group:
  • Blast update
  • Blast info
  • Offer
  • Managment
  • Follow up
  • Tribe
 
Ads Manager:
  • Menguruskan iklan di FB Page
  • Database audience
  • Database Customer
  • Retargeting
  • Branding
  • Marketing

Langkah 3:

Pautkan (link) Page, group, laman web dan profile tersebut.
 
+ Update perkembangan bisnes secara santai di FB profile.
 
+ Update info2 dan promosi terkini di FB Page.
 
+ Bina hubungan dengan pelanggan setia di FB Group Customer.
 
+ Bina hubungan dengan Team, agen dll di FB Group Bisnes.
 
+ Bina content marketing dalam web di bahagian blog. Berikan info2 berkaitan bisnes, cerita2 tempahan pelanggan, testimoni dan Lain2 yang sedap dibaca.
 

Langkah 4:

 
Konsisten dan Istiqamah:
 
  • update
  • marketing
  • Branding
  • engagement
 
Kenapa perlunya sebuah bisnes yang hanya menjual sate tepi jalan untuk ada semua benda ni?
 
+ Cipta jenama tersendiri
 
+ Tempahan dari orang luar yang tak pernah pergi kedai anda
 
+ Tempahan terus secara online
 
+ Bisnes anda dijumpai dalam carian Google
 
+ Bisnes anda dijumpai dalam carian di FB
 
+ Autopilot
 
+ Menambah segmen pelanggan
 
+ Membina tribe tersendiri
 
+ Peluang memasuki pasaran baru
 
+ Peluang untuk mengembangkan bisnes
 
+ Peluang mendapat perhatian pelabur
 
Moga bermanfaat.
 
Post ini boleh dishare dengan gembira.
Orang bekerja tunggu gaji, orang berniaga tunggu pelanggan dapat gaji. Sebab tu kalau berniaga, Jangan kondem orang makan gaji. Itu PELANGGAN!

Ingat 15 Perkara Ini Jika Ingin Berjaya!

Kehidupan sekarang penuh dengan cabaran.

Namun cabaran itulah yang akan menentukan kejayaan kita dalam hidup.

Ingat 15 perkara ini jika anda ingin berjaya.

 

1. Bersyukur & Sentiasa Ingat Kejayaan Yang Lepas

“Tapi saya mana pernah capai apa2 kejayaan yang besar pun??”

Tenang…

Kejayaan bukan diukur pada skala besar atau kecil. Kejayaan adalah suatu perkara yang kita berjaya lepasi dengan baik.

  • Dapat masuk sekolah
  • Lulus peperiksaan
  • Masuk universiti atau pusat pengajian
  • Dapat menamatkan pengajian
  • Dapat berkahwin dengan si dia
  • Dapat mendirikan rumah tangga
  • Dapat anak-anak penghibur hati
  • Dapat kerja dan gaji setiap bulan
  • Dapat membuka sebuah bisnes
  • Dapat menghasilkan produk sendiri
  • Dapat masak makanan yang disukai orang
  • Dapat kawan2 yang sering membantu dan lain2 yang tidak ternilai…

Semua itu adalah kejayaan-kejayaan kita dalam hidup. Bukan semua orang dikurniakan hidup seindah itu.

Mungkin kita menganggap ia perkara biasa-biasa. Tetapi bagi orang lain, ia adalah hidup yang menjadi impian mereka.

Maka sekurang-kurangnya anggaplah ia sebagai kejayaan kecil dalam hidup kita.

Kunci untuk mencapai kejayaan yang lebih besar adalah dengan bersyukur dengan apa yang ada atau kejayaan-kejayaan kecil yang telah kita kecapi selama ini.

Alhamdulillah…

 

2. Ingat Untuk Merangka Plan / Rancangan

Ya… Semua orang mahu berjaya. Tetapi apakah rancangannya?

Apa plan yang telah dibuat untuk mencapai kejayaan tersebut?

Kejayaan bukan datang dengan meniru rancangan orang lain.

  • Orang berjaya buka bisnes produk kecantikan, kita pun mahu tiru.
  • Orang berjaya jual goreng pisang coklat, kita pun mahu buat benda yang sama.
  • Orang berjaya buka butik pakaian muslimah, kita pun mahu buka butik muslimah.

Meniru perbuatan atau strategi orang yang sudah berjaya bukan salah.

Tetapi jangan sekadar tiru.

  • Apa rancangannya?
  • Apa Inovasinya?
  • Apa haluan kejayaannya?

Semuanya perlu diambil kira. Maka jangan lupa untuk merancang. Dan rancangan itu perlu jelas menunjukkan bagaimana kita boleh berjaya jika mengikut rancangan itu langkah demi langkah.

InsyaAllah…

 

3. Ingat Untuk Buat Apa Yang Anda Suka

“Tapi ada orang kata jangan buat apa yang kita suka, nanti kita terperangkap dalam minat sendiri. Sedangkan ia tidak berkembang?”

Ya. Itu memang betul.

Tetapi maksud ‘buat apa yang anda suka’ itu lebih luas.

Bukan sekadar buat kerja-kerja yang diminati dan disukai.

Ada banyak lagi perkara lain yang kita belum belajar dan belum tentu kita tidak suka.

Jika anda suka menulis, tulislah dengan penuh minat.

Tetapi dalam masa yang sama, jangan sekadar menulis. Belajar apa lagi yang boleh dibuat dengan minat itu supaya ia berkembang dan memberikan anda peluang untuk berjaya.

Percaya atau tidak, minat dan apa pun yang kita suka akan hilang apabila ia tidak membawa apa-apa hasil. Apabila hidup kita tidak berkembang dan tidak membuahkan apa-apa kejayaan.

Kerana itu buat apa yang kita suka dalam masa yang sama perlu belajar bagaimana menjadikannya sebuah kejayaan yang besar.

 

4. Ingat, Anda Mungkin Akan Jatuh Berkali Kali

Mahu berjaya bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan cabaran-cabaran yang besar.

Kejatuhan bukanlah satu kegagalan. Maka kita perlu ingat dan bersiap sedia untuk menerima keadaan sukar.

Keadaan di mana kita sedang ditimpa musibah. Saat ini agak mencabar. Kawan lari, keluarga menjauhi dan seumpamanya adalah perkara yang biasanya akan berlaku.

Jadi kita perlu bersiap sedia. Jangan jadikan ia sebagai satu titik punca untuk berputus asa. Sebaliknya jadikannya sebagai sebuah proses untuk kita belajar dan bertindak lebih baik di masa akan datang.

 

5. Ingat Untuk Belajar Dari Kesalahan Yang Dilakukan

Apabila jatuh atau gagal dalam satu-satu perkara. Kita perlu belajar untuk menerima kesalahan itu dan jadikannya sebagai panduan. Cari jalan penyelesaian. Jangan menunding kesalahan kepada orang lain. Samada kita ditipu, dikhianati, difitnah dan dibuat macam-macam oleh orang lain, kita tetap perlu mencari jalan untuk belajar memperbetulkan diri sendiri.

Sebagai manusia, kita tidak mampu membetulkan orang lain. Itu di luar kemampuan kita. Tetapi kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih berhati-hati.

 

6. Bersedia Untuk Jadi Orang Yang Produktif Dengan Masa

Kejayaan perlukan komitmen yang tinggi. Maka untuk berjaya, pastikan kita sentiasa produktif dengan masa kita setiap hari.

  • Jangan terlampau lama skrol FB, Instagram dan media sosial seumpamnya. Melainkan di situ anda mencari idea dan belajar dari posting-posting orang lain.
  • Jangan terlalu lama lepak minum kopi dengan kawan-kawan. Kelak ia akan menjadi tabiat lepak dan sembang yang sia-sia.
  • Jangan terlalu lama tidur, nanti ia akan menyebabkan kita penat dan sentiasa mengantuk.
  • Jangan ambil masa terlalu lama buat sesuatu kerja, kerana ia akan merugikan masa dan menjadikan kita semakin malas buat kerja tersebut.

Sentiasa produktif dengan masa. Orang berjaya biasanya akan menjalankan 2-3 kerja dalam satu masa.

 

7. Ingat, Jangan Lupa Menetapkan Matlamat ( Goals )

Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak rintangan yang terpaksa kita tempuhi.

Kadang-kadang hingga mengganggu fokus dan matlamat asal kita.

Jadi kita perlu sentiasa ingat, apakah matlamat sebenar yang ingin dicapai?

Apakah kejayaan yang diidamkan itu?

Letak matlamat-matlamat kecil untuk capai ke matlamat yang lebih besar.

Langkah satu persatu sehingga semakin hampir dengan kejayaan besar tersebut.

 

8. Sentiasa Ingat Untuk Menjaga Disiplin Diri

Adakala dalam proses untuk berjaya, kita akan terleka dengan pencapaian-pencapaian kecil yang kita perolehi.

Sehingga kita lupa untuk menjaga disiplin diri.

Kita jadi semakin malas, semakin ego dan semakin membesar diri.

Perkara ini akan berlaku jika kita lupa untuk menasihati diri sendiri untuk sentiasa berdisiplin.

Oleh itu, ingatkan diri supaya sentiasa berada dalam track dan menjaga disiplin.

 

9. Beringat Untuk Menganggung Risiko Dengan Bijak

Ramai orang yang telah berjaya akhirnya bungkus dan gagal kerana tidak mengambil kira risiko-risiko yang bakal dihadapi dengan bijak.

Disebabkan banyak keputusan yang dibuat selama ini memihak kepadanya, memberi kejayaan kepadanya, maka dia sering membuat keputusan dengan menganggap semua yang datang darinya adalah betul dan tepat.

Ini banyak berlaku!

Dari berjaya biasa-biasa, mahu berjaya lebih besar dan cepat.

Akhirnya lingkup dan gulung tikar.

Malah menanggung kerugian yang teruk.

Maka kita kena sentiasa beringat untuk mengira dan mengambil keputusan untuk menanggung sesuatu risiko dengan bijak dan penuh berwaspada.

 

10. Ingat Untuk Monitor Perkembangan

Dari satu keadaan kita beralih ke keadaan yang lain.

Dari satu situasi kita beralih ke situasi yang lain.

Dari kosong, kita mula ada perkembangan.

Sayangnya kita tidak catat dan rekodkan perkembangan tersebut.

Menyebabkan kita rasa seolah-olah kita tiada sebarang perkembangan dan peningkatan.

Monitor perkembangan perjalanan kejayaan kita. Ia akan membantu kita melihat sejauhmana kita sudah melangkah dan apa lagi yang perlu kita lakukan untuk capai kejayaan tersebut.

 

11. Sentiasa Ingat Untuk Bercakap Dengan Efektif

Jangan bercakap perkara yang sia-sia.

Jangan bercakap perkara yang boleh merosakkan hubungan.

Jangan bercakap perkara yang boleh menjatuhkan reputasi kita.

Zaman digital ini, bercakap bukan sahaja dengan mulut ketika berjumpa dengan orang.

Kenyataan kita di media sosial, posting di FB, Instagram, Whatsapp dan sebagainya juga memainkan peranan penting.

 

12. Ingat Untuk Sentiasa Berubah

Saat ini kita sedang berada dalam dunia yang serba pantas.

Bukan hanya pantas dari sudut pergerakan, tetapi pantas juga dalam perubahan.

Strategi yang dulunya bagus, kini mungkin tidak lagi berkesan.

Bisnes yang dulunya mendapat sambutan, kini mungkin orang tidak mahu lagi bisnes seperti itu.

Maka kita perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa. Jangan leka dan jangan statik.

Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

 

13. Jangan Lupa untuk Berguru & Minta Bantuan

Belajar dari orang, minta bantuan dengan orang yang lebih mahir bukan menandakan kita bodoh.

Malah itulah antara sikap dan amalan orang pandai.

Mereka tidak bergerak seorang diri. Mereka tidak buat semua perkara seorang diri.

Mereka akan belajar dan dapatkan bantuan dari orang yang lebih hebat darinya.

Kita jangan lupa untuk teruskan belajar dari orang yang lebih hebat.

 

14. Ingat Untuk Percaya Kepada Diri Sendiri

Kebanyakkan orang yang berputus asa adalah kerana mereka tidak percaya mereka boleh berjaya.

Mereka rasa mereka adalah orang yang gagal kerana banyak perkara yang dilakukan tidak berjaya.

Kita perlu sedar, banyak rintangan yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Percaya kepada diri sendiri. Sentiasa percaya dan teruskan berjuang.

 

15. Ingat Untuk Sentiasa Bertawakkal & Memohon Pertolongan Dari Allah

Sehebat mana pun kita, sehebat mana pun rancangan kita, yang akan menentukan ia berjaya atau tidak adalah Allah yang maha esa.

Adakala idea, rancangan dan tindakan kita biasa-biasa sahaja, tetapi kita diberikan kejayaan yang besar.

Bukan kerana hebat kita, tetapi kerana kebesaran dari-Nya.

Begitu juga sebaliknya. Kita tidak akan berjaya selagi Allah tidak mahu kurniakan kita kejayaan.

Kerana itu kita wajib sentiasa muhasabah diri, bermunajab dan meminta kepada-Nya.

Akhir kata dari saya, selamat menempuh perjalanan menuju kejayaan.

Kejayaan itu bukan jauh, bukan dekat, ia terletak pada hati yang sentiasa rasa tenang dan bahagia dalam melalui jalan-jalan ke arah impiannya.

 

Wan Muhd Ali
Jumaat – 24 Feb 2017

 

Rujukan: http://www.lifehack.org/articles/productivity/15-things-remember-you-want-successful.html

Tak Sabar Mahu Berjaya? Baca Ini Dulu…

Kejayaan itu sebuah perjalanan, bukan keajaiban.
 
Apabila ingin sampai ke puncak sebuah gunung, kita mesti mendaki langkah demi langkah.
 
Dengan berhati-hati.
 
Jangan tergesa gesa. Ada tempat bahaya yang boleh menyebabkan kita jatuh.
 
Maka perlu berwaspada sehingga sampai ke puncak dengan selamat dan jayanya.
 
Kita tidak mahu sampai ke puncak dalam keadaan sakit, tenat dan penuh luka. Kelak sukar untuk kita turun dengan selamat.
 
Begitulah bisnes, lalui peringkat peringkat kejayaan dengan berhati hati.
 
Pastikan semua perkara dirancang dan diatur dengan baik.
  • Dari model bisnesnya.
  • Kumpulan Team bisnes yang hebat.
  • Produk yang bersedia memasuki pasaran.
  • Sistem yang membantu bisnes berkembang.
  • Rancangan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Pengurusan syarikat.
 
Setelah kita berjaya di puncak kejayaan bisnes, maka kita ingin turun kembali berehat.
 
Orang kampung saya kata ‘Exit Plan’.
 
Jika kita berjaya dengan selamat dan betul, maka proses exit plan itu menjadi mudah.
 
Jika sebaliknya, maka banyak perkara, isu, kesalahan dan situasi sukar yang akan datang menyerang kemudian.
 
Umpama kesakitan yang diam2 dalam badan tiba2 muncul terus sebagai penyakit kronik.
 
Maka jangan kalut2 untuk berjaya. Langkah satu persatu tangga kejayaan dengan sabar dan tenang.
 
Hidup kita bukan untuk bisnes semata, keluarga, agama, kesihatan dan masyarakat juga perlu diberi perhatian.
 
Senyum dengan nyaman.
Wan Muhd Ali
Jumaat – 24 Feb 2017

Takut Nak Ambil Staf Bekerja

“Tuan, saya takut nak ambil pekerja kerana takut tak mampu bayar. Duit yang ada pun sikit sahaja, cukup untuk tampung saya saja..”

Jawab:

  1. Yakin dengan rezeki Allah.. Kita ambil orang bekerja, bukan kita yang beri mereka rezeki. Allah yang akan tentukan. Kita hanya sebagai penyebab rezekinya masuk.
  2. Apabila kita ambil orang bekerja, yakinlah bahawa dia datang dengan membawa rezekinya sendiri. Adalah nanti rezeki untuk dia.
  3. Ambil orang bekerja bukan untuk habiskan sisa2 duit simpanan yang ada, tetapi untuk hasilkan lebih banyak duit. Jika begitu, kita tidak perlu takut untuk ambil mereka bekerja kerana dari wang yang terhasil itulah nanti akan digunakan untuk bayar gaji. Bukan dari duit simpanan yang ada sekarang.
  4. Walaubagaimanapun, pastikan kita tahu dahulu bagaimana untuk manfaatkan pekerja yang ada untuk hasilkan duit. Bukan duduk saja tunggu duit masuk.
  5. Ambil staf yang menghasilkan duit untuk bisnes, jangan ambil staf yang pasif hanya menunggu arahan dan projek untuk buat kerja.

 

Nota: Ketika mula2 mengambil staf, saya hanya ada sekitar RM50. Namun setiap bulan dapat bayar gaji staf itu dengan hasil yang dibawa masuk oleh kerja2 yang staf itu lakukan.

Kini hampir 10 orang staf dan semakin bertambah. Yang penting perlu ada ilmu dan mulakan langkah pertama.

Tiada Masa Untuk Kembangkan Bisnes

Ini situasi sukar yang sering dialami usahawan.

Bertahun-tahun berniaga tetapi sukar untuk kembangkan bisnes. Nak kata tak ada projek, tak ada pelanggan dan seumpamanya, tidak juga sebab tempahan pelanggan bukan main banyak lagi yang belum siap.

Cuma dah tak mampu terima lebih banyak tempahan kerana sudah terlalu sibuk menguruskan tempahan yang sediada. Apatah lagi untuk fikirkan bagaimana mengembangkan bisnes..

Hanya mampu berharap keajaiban berlaku dan mengubah bisnes itu tiba2 menjadi lancar dan kaya raya.

Bisnes bukan begitu. Kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

Jika keadaan itu berlaku, ini yang patut dibuat:

  • Susun kembali kerja dengan sistematik.
  • Ambil staf bagi menguruskan kerja2 teknikal dan tempahan pelanggan.
  • Ingat, kerja kita sebagai orang bisnes ialah bangunkan dan kembangkan bisnes itu. Bukan siapkan tempahan pelanggan.
  • Bina SOP – SOP supaya kerja2 itu boleh diserahkan kepada orang lain.
  • Pada saat ini, kita perlu berusaha keluar dari zon membuat kerja kepada zon keluar membangunkan bisnes.
  • Belajar ilmu persyarikatan.

 

Buat perkara2 itu segera supaya nampak hasil yang berbeza.

 

Fast action, fast result.

FB Ads. Engagement Menurunkan Kos Iklan

Engagement ialah aktiviti pembaca pada post kita samada mereka like, komen, share atau klik post tersebut..

Sebagai contoh, mereka komen ‘PM’.

Ramai peniaga marah apabila ada orang komen ‘PM’ pada post iklan mereka kerana semua detail sudah ditulis dan no.tel untuk dihubungi sudah disediakan.

Saharusnya kita bersyukur jika ramai orang yang komen seperti itu atau komen2 bertanya harga walau harga sudah terang lagi jelas ditulis.

Aktiviti komen mereka itu sebenarnya membantu meningkatkan kepercayaan facebook bahawa post kita punyai engagement yang tinggi. Bermaksud post itu disukai orang untuk berinteraksi.

Apabila ramai yang komen, post itu akan merebak secara organik (tanpa FB Ads) dengan lebih meluas sekaligus mengurangkan kos FB Ads.

Disebabkan itu, apabila ingin membuat iklan menggunakan FB Ads, jangan sekadar memaparkan iklan untuk orang tengok dan beli, tetapi dalam masa yang sama tingkatkan engagement post tersebut.

Sebagai contoh, siapa komen dapat diskaun.

Semakin luas post iklan kita disebarkan secara organik, semakin murah kos iklan dan semakin tinggi peluang mendapat lebih ramai pelanggan.

Dapat belajar sesuatu? Komen ‘Alhamdulillah’.

InsyaAllah komen anda akan membantu orang lain untuk turut mendapat ilmu.