“Apa Amalan Yang Tuan Buat Untuk Berjaya & Murah Rezeki??”

Seorang peserta datang jumpa saya tanya soalan ini. Saya terpinga-pinga juga nak jawab sebab soalan ini lari dari topik yang dipelajari dalam kelas.

Otak laju berfikir, apa amalan yang boleh dikongsikan kepada beliau.

Lalu terlintas amalan yang saya nekad untuk amalkan ketika zaman kejatuhan sekitar 8-9 tahun yang lalu.

Waktu itu saya seperti ‘lost’. Hilang punca, blur & agak tertekan dengan situasi yang dialami. Seolah olah semua perkara yang dibuat tidak menjadi, bisnes jatuh, pelanggan lari, dikhianati, difitnah & dikejar oleh tuan rumah (sewa), bank (kereta), kawan (hutang), air, api, internet selalu kena potong sedangkan ada ahli keluarga 7 orang dalam rumah yang perlu diberi makan & perlindungan.

Terasa seperti tiada lagi jalan keluar. Lebih-lebih lagi untuk selesaikan semua perkara serentak dalam masa singkat. Dalam situasi ini paling penting ialah makan minum & keperluan asas keluarga dahulu.

Bayangkan esok ia berlaku kepada anda dan semuanya datang serentak sedangkan duit hanya ada RM10 sahaja.

Apa yang boleh dibuat ketika itu? Macam-macam cara sudah diusahakan untuk buat duit mengikut kemampuan. Namun hasilnya tidak seberapa & kadang2 tiada.

Sebagai seorang hamba, apabila kita sudah melalui situasi begini, kita akan mula merasa kerdil, hina & tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali dengan bantuan & izin dari Allah. Hilanglah semua ego, keyakinan pada diri sendiri & perasaan bangga diri. Yang ada hanya harapan kepada-Nya.

Ya, kita akan berdoa dan serahkan segala kepada-Nya. Tetapi perbuatan itu mungkin tidak mencukupi.

Ada perkara lain yang perlu kita buat supaya Allah suka.

Kita perlu keluarkan sesuatu yang membuktikan kepercayaan & keyakinan kita kepada Allah.

Saya mencari-cari di internet tentang amalan murah rezeki. Dan yang paling banyak saya jumpa ialah tentang SEDEKAH.

Bukan selama ini saya tidak bersedekah. Tetapi ia tidak dijadikan sebagai satu amalan. Hanya beri secara kebetulan atau suka-suka saja. Tiada niat untuk jadikan sebagai satu amalan harian.

Maka saya mula memasang niat untuk amalkan sedekah RM1 sehari. Meskipun nilai ini saya sendiri rasa kecil, tetapi itulah yang saya mampu jadikan sebagai amalan ketika itu.

Paling penting mahu jadikan sebagai tabiat. Jumlah letak tepi dulu. Mungkin Allah sedang mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik saya kira.

Jadi perubahan itu bermula. Saya paksa diri untuk bersedekah setiap hari. Pergi ke surau dan masukkan duit RM1 dalam tabung derma. Kadang2 terpaksa kutip syiling kerana tidak cukup duit di tangan.

Alhamdulillah… Sejak itu hidup saya mula berubah.

Bukan senang, bukan kaya atau berjaya mana. Tetapi apa yang saya rasai ialah, SETIAP MASALAH YANG DIALAMI, ALLAH SENTIASA BERIKAN JALAN KELUAR. SETIAP KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN, SENTIASA MENCUKUPI.

Dan ini membuatkan fikiran menjadi tenang dan lapang. Keajaiban sentiasa berlaku meskipun pada saat2 akhir sesuatu masalah itu perlu diselesaikan seperti situasi yang saya nyatakan di atas.

Allah sentiasa membantu dan memberikan jalan keluar dari jalan yang tidak disangka-sangka. Sungguh. Kadang2 tidak terlintas di fikiran bagaimana rezeki itu boleh datang. Check akaun, hari ini tiada duit, esok tiba2 masuk ratus2 atau ribu2 ringgit. Ada yang datang dari jualan, ada yang datang dari komisen, ada yang datang dari kerajaan dalam bentuk bantuan, geran, ada yang datang dari elaun bank, ada yang datang dari hutang2 kawan lama & macam-macam. Serius tak terjangka di fikiran.

Sehingga kini bisnes yang diusahakan sudah bawa masuk jutaan ringgit dalam akaun kami. Allahu Rabbi. Siapa sangka.

Ia bermula dengan perubahan amalan sedekah RM1 sehari. Nampak kecil tapi nilaiannya tinggi disisi Allah. Lebih-lebih lagi apabila kita jadikannya sebagai satu amalan yang istiqamah. Bila dah mampu, tambah kepada RM3, RM5, RM10 dan seterusnya.

Jangan lupa juga amalan2 lain seperti solat sunat dhuha, hajat, tahajjud, berbaik dengan ahli keluarga, ibu ayah dan orang ramai.

Ada sesetengah padangan sinis menyatakan, “Jangan buat amalan kerana nak murah rezeki, buatlah kerana Allah semata!” – Ya, kita tak nafikan apa yang diperkatakan. Tetapi sebagai manusia, iman seseorang tidak sama. Adakala begini cara Allah mendidik iman kita.

Dalam Al-Quran & Hadis sendiri ada menyebut amalan-amalan murah rezeki. Kenapa disebut jika bukan untuk kita amalkan meskipun amalan itu dibuat kerana mahu dimurahkan rezeki. Allah berjanji akan memberi ganjaran atas amalan yang dilakukan. Kita buat & minta kepada-Nya. Tiada apa yang salah di situ. Teruskan beramal.

Ini kisah saya. Hanya secebis kisah yang mungkin boleh diambil sebagai titik perubahan untuk mula mengamalkan sedekah walaupun bermula dengan hanya RM1 sehari.

Ada banyak lagi kisah-kisah amalan murah rezeki oleh orang lain yang lebih berjaya dan luar biasa kejayaan mereka. Saya jadikan kisah-kisah mereka sebagai rujukan. InsyaAllah saya juga akan amalkan apa yang telah dipelajari dari mereka.

Anda boleh baca 21 kisah murah rezeki yang ditulis oleh Tuan Khairul Hakimim Muhammad dalam bentuk ebook. Saya juga baca ebook ini sebagai sumber rujukan. Saya sertakan link di bawah untuk memudahkan anda mendapatkannya:

http://bit.ly/32Sf73N
http://bit.ly/32Sf73N
http://bit.ly/32Sf73N

Hidup ini adalah tentang menjadi lebih baik setiap hari. Makin banyak amalan kita yang Allah suka, makin murah rezeki yang Allah bagi. Dengan itu, makin banyak kita boleh berkongsi dan membantu orang lain.

Nota: Telah lama saya ingin berkongsi tentang amalan ini, tetapi asyik bertangguh. Apabila Tuan Khairul Hakimim Muhammad menulis Ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini, saya rasa terpanggil kembali untuk berkongsi. Moga anda yang membaca mendapat manfaat dari perkongsian ini. Terima kasih.

.

Follow:

FB Profile: Wan Muhd Ali
Telegram: t.me/wanmuhdali
YouTube: youtube.com/user/wanwma
Instagram: instagram.com/wanmuhdali
Twitter: twitter.com/wanmuhdali

Sibuk Mencari Wang?

Sibuk mencari wang bukanlah satu kesalahan. Ada orang cari wang untuk berbakti kepada masyarakat, ada orang cari banyak wang untuk tunaikan haji, ada orang cari wang untuk menambahkan ilmu dan ada orang cari wang untuk menolong orang yang susah.

Yang salah ialah mencari wang dengan cara yang tidak diberkati Allah. Jangankan banyak, sedikit pun salah

Penembak Tepat

Untuk memaksimakan Facebook sebagai platform pemasaran, jadilah seorang penembak tepat yang bijak meilhat sasaran. Kita akan berjaya menjual servis atau produk kita kepada orang yang mahukannya, tetapi kita akan gagal menjual dan membina hubungan baik dengan mereka jika tersalah memilih sasaran.