Bagaimana FB Ads Dapat Membina & MEMBUNUH Bisnes ANDA?

Kisah Benar Bagaimana FB Ads Dapat Membantu Seorang Peniaga Online Mengembangkan Bisnes & Akhirnya Jatuh Juga Kerana FB Ads!

Ya! Ini kisah benar. Ramai usahawan mendapat manfaat untuk tingkatkan jualan dan kembangkan bisnes dengan FB Ads.

Namun dalam masa yang sama juga ramai yang hadapi masalah bisnes kerana FB Ads itu sendiri.

Ambil contoh ini:

Siti seorang usahawan yang mencipta produk jenama sendiri.

Beliau memasarkan produk itu secara online menggunakan FB Ads.

Apabila sale meningkat dan permintaan semakin tinggi, beliau mula menambah staf, agen dan dropship.

Komitmen bisnes siti semakin tinggi. Namun itu tidak mengapa kerana selagi Siti menggunakan FB Ads untuk beriklan, selagi itu Siti dapat jana jualan dan pendapatan.

Malangnya akhir-akhir ini FB Ads semakin banyak masalah.

Iklan sering tak approve. Kos iklan semakin mahal. Dan ada beberapa page sudah di block oleh FB.

Dan tidak lama kemudian iklan, page dan profile Siti pula kena block dengan FB. Siti tidak dapat login ke FB beliau lagi.

Jualan mula menurun dan adakala tiada jualan langsung. Gaji pekerja, sewa pejabat dan berbagai komitmen yang tinggi tetap berjalan. Sedangkan hasil tiada.

Agen mula melarikan diri dan usha2 untuk fokus jual produk lain.

Siti makin terdesak dan tertekan.

Sudah 3-4 bulan Siti cuba berbagai cara untuk wujudkan kembali page dan produknya di FB, tetapi tidak sampai seminggu FB akan block balik profile atau page Siti.

Tiada jalan lain lagi, akhirnya bisnes Siti terpaksa gulung tikar.

Situasi ini sudah banyak berlaku dan Siti sudah tahu ramai orang mengalaminya. Namun Siti tidak ambil sebarang tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan dirinya terkena situasi ini. 

Sebenarnya ini bukan salah FB Ads atau Mark Zukebet. Ini salah Siti sendiri yang tidak sediakan plan B dalam bisnesnya!

Bisnes Siti sepatutnya sudah berkembang, atau sekurang-kurangnya boleh sustain (bertahan) walaupun sudah diblock oleh FB jika Siti menyimpan dan mempunyai strategi pemasaran database yang baik.

FB Ads hanya pembuka jalan untuk Siti mendapatkan pelanggan, apabila pelanggan itu sudah wujud, Siti sudah boleh beransur-ansur beralih kepada platform sendiri yang lebih selamat.

Inilah yang Siti missing dalam strategi perniagaannya. Terlalu sibuk menguruskan jualan sehingga terabai menguruskan (marketing)