Hi, Saya Wan Muhd Ali.

Jika anda masih baru dalam blog ini, izinkan saya memperkenalkan diri.

Nama saya Wan Muhd Ali dan memulakan kerjaya dalam perniagaan sebagai seorang pelukis jalanan. Itu cerita pada tahun 2004 yang lepas. Sekitar 14 tahun yang lalu.

Anda membaca halaman ini kerana bisnes saya sudah berubah 100%. Kini saya mula buat duit secara online dan offline menerusi perniagaan yang berbeza.

Paling penting bagi saya ialah buat pendapatan pasif. Tidak kira secara online atau offline.

Setelah berbelas tahun berniaga, saya bina blog ini dengan versi baru untuk berkongsi dengan anda tentang ilmu, pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi dalam bisnes yang mungkin berguna untuk anda.

Sedikit berkaitan diri saya:

  • Dari pelukis jalanan, kepada CEO syarikat IT.
  • Salah seorang pemenang geran Superb (2014) bernilai RM500k.
  • Mempunyai perniagaan dalam bidang IT, pengiklanan, produk jenama sendiri, kilang produk kecantikan, perniagaan makanan dan minuman, tuisyen pelajar sekolah, hosting company, latihan & konsultansi dan syarikat startup yang membina platform online.
  • Pengasas Teori Puzzle
  • Penulis buku Redesign Your Business
  • Tak mahu sakit kepala menguruskan bisnes lagi, mahu enjoy dan travel ke sana ke mari. Huhuhu…

Ok, cukup ringkasan tentang saya.

Mari bercerita tentang ANDA!

Blog ini saya bina untuk berkongsi dengan anda tentang langkah yang boleh anda gunakan untuk jana duit secara online atau mula bina bisnes.

Saya berkongsi dengan anda dari apa yang saya belajar dan apa yang saya buat. TAK SEMUA saya buat, yelah. Mana sempat nak buat semua. Cuma ada cara yang saya belajar tu mungkin berguna untuk anda.

Jadi gunakannya untuk bina kekebasan kewangan dan masa depan anda.

Untuk memudahkan perjalanan anda, saya sediakan langkah permulaan di sini.

Atau anda boleh baca kandungan dari blog ini di sini.

Harap ia membantu anda untuk ke langkah seterusnya.

Pejuang Kebebasan Anda!

Wan Muhd Ali