PERHATIAN! ADAKAH ANDA SEDANG HADAPI ISU BERIKUT:
Saya akan bantu anda dengan menunjukkan langkah yang terbukti efektif dalam membina pemasaran automatik yang digunakan oleh otai-otai usahawan internet di dalam dan di luar negara!
100% Terbukti Berkesan Kerana Strategi Ini Adalah Strategi Evergreen Yang Telah Digunakan Berbelas Tahun Oleh Guru-Guru Pemasaran Internet Sebelum Wujudnya Facebook Ads Bagai!
Dapatkan Ebook Strategi Pemasaran Automatik PERCUMA!
Assalamualaikum…
Saya Wan Muhd Ali. Seorang usahawan internet yang telah berkecimpung dalam dunia pemasaran internet sejak tahun 2006. Sehingga kini saya telah berniaga berbagai produk secara online, termasuk produk kesihatan, produk kecantikan, produk digital, menganjurkan seminar, membina membership-site, membina platform online dan banyak lagi.
Halaman ini bukan untuk bercerita tentang saya, tetapi untuk berkongsi dengan anda bagaimana sebuah strategi pemasaran automatik boleh membantu anda tingkatkan jualan dan jalankan bisnes anda secara automatik.
Pengalaman saya selama 10 tahun dalam industri ini dapat dijadikan panduan untuk anda manfaatkan ilmu yang ada untuk tingkatkan jualan produk anda!
Kenapa Saya Ingin Berkongsi Dengan Anda?
Saya juga seperti anda. Seorang peniaga atau usahawan yang menjalankan bisnes menjual produk secara online.
Saya juga terpengaruh dengan strategi pemasaran menggunakan media sosial seperti Facebook Ads, IG dan sebagainya.
Bukan saya kata FB Ads tidak bagus, sehingga kini kami masih menggunakan FB Ads. Tapi harus diingat, FB Ads adalah sejenis pengiklanan sahaja. Ia membantu kita iklankan produk kita supaya lebih ramai orang nampak, tahu dan kenal produk itu. Disebalik pengiklanan itu seharusnya ada strategi pemasaran yang lebih mendalam.
Yang lebih tahan lama sehingga dapat bantu bisnes kita bertahan dalam apa jua keadaan dan boleh berkembang.
Kerakusan saya dalam menggunakan FB Ads, FB Pages dan seumpamanya membuatkan saya terleka dengan strategi evergreen yang telah lama saya belajar dan praktikkan.
Akhirnya keghairah pembeli di Facebook semakin kurang. Harga iklan FB Ads pula semakin mahal. Keadaan ini membuatkan bisnes saya terjejas teruk. Hampir 70% pelanggan yang dulu datangnya dari FB kini hilang entah ke mana.
Jualan di FB tidak serancak seperti tahun 2013 hingga 2015. Pembeli di FB sudah mula berhati-hati dan berjimat cermat dalam membuat pembelian. Mereka lebih bijak dan mahukan perhatian yang lebih dari penjual.
Mana2 penjual yang pandai melayan karenah mereka dengan lebih dekat, akan dapat menambat hati mereka untuk membeli.
Bermaksud pemasaran secara personal touch menjadi lebih efektif berbanding pengiklanan menarik semata-mata. Siapa yang pandai berbalas mesej dengan bakal pelanggan, dapat call dan bercakap dengan mereka dengan lebih kesenian akan dapat menguasai pelanggan itu.
Isunya ialah, bagaimana untuk anda melayan karenah pelanggan yang begitu ramai seorang demi seorang. Anda perlukan team sale yang ramai. Perlu ada pasukan khas yang menjawab mesej pelanggan dan call mereka untuk sesi penerangan tentang produk, berikan tawaran istimewa dan sebagainya.
Teruskan jika ada ilmu membina team dan pasukan jualan yang hebat. Namun jika tidak, anda perlu cari alternatif lain…
Saya ambil langkah untuk bina pasukan jualan saya sendiri.
Dalam masa yang sama, saja juga kembali kepada strategi pemasaran evergreen yang merupakan strategi pemasaran automatik yang sejak dulu tidak pernah mengecewakan.
Maka saya ingin berkongsi dengan anda, supaya anda juga dapat membina strategi pemasaran yang kekal lama dan berkembang dari masa ke semasa.
Saya Amat Yakin Dapat Membantu Anda Tingkatkan Jualan Dengan Strategi Ini Kerana Ia Adalah Strategi Yang Telah Terbukti Berkesan Sejak 10 Tahun Lepas! Malah Guru-Guru Usahawan Internet Juga Menggunakan Strategi Yang Sama!
Apakah Strategi Yang Saya Maksudkan? Saya Namakan Ia Sebagai…
Connected Marketing!
Connected Marketing Ialah Strategi Di Mana Kita Dapat Berhubung Dengan Bakal Pelanggan Dengan Menghubungkan Mereka Menggunakan Berbagai Medium Pemasaran Samada Melalui Email, SMS, Media Social & Aktiviti Digital Mereka!
Connected Marketing ialah satu peringkat di mana kita menggunakan pemasaran Integrated Marketing untuk menjadikan bakal pelanggan lebih connect atau lebih berhubung dengan kita.
Gunakan apa sahaja medium pemasaran samada email, SMS, media sosial, laman web dan sebagainya, paling penting kita dapat menyampaikan mesej kepada bakal pelanggan itu secara konsisten.
Bayangkan situasi ini…
Setiap hari anda akan melayari internet…
Setiap hari anda akan buka email, facebook, Youtube dan baca website berita terkini atau blog2 gosip.
Setiap kali anda buka semua media tersebut, setiap kali itulah anda akan lihat iklan produk Lazada.
Buka email, dapat email dari Lazada.
Buka laman web atau blog gosip, nampak iklan2 produk Lazada.
Buka Youtube pun nampak iklan Lazada.
Dan kadang2 anda dapat SMS tawaran kupon diskaun dari Lazada.
Agaknya apa tindakan anda?
Akhir sekali, laman web Lazada sudah melekat dalam kepala.
Walaupun tidak membeli, tetapi suatu masa nanti, jika anda mahu beli sesuatu, anda akan cari di laman web Lazada berbanding di Google atau di Mudah,my.
Inilah dia Connected Marketing!
Namun bukan itu sahaja…
Connected Marketing bukan sekadar buat orang nampak iklan anda di mana-mana. Tetapi ia lebih tertumpu kepada produk yang ada kaitan dengan bakal pelanggan anda. Bermaksud, jika bakal pelanggan anda mencari produk berkaitan golf, maka dengan Connected Marketing, iklan yang akan dipaparkan kepada mereka adalah iklan yang berkaitan dengan golf sahaja.
Dengan itu potensi untuk mereka membeli adalah lebih besar!