Terma & Syarat Langganan WMA Masterclass

Apabila anda melanggan (subscribe) sebagai ahli WMA Masterclass, anda tertakluk kepada terma & syarat2 berikut:

  • Bayaran perlu dibuat secara bulanan.
  • Jumlah bayaran bulanan adalah sama dengan jumlah bayaran ketika mula-mula anda melanggan.
  • Bayaran akan diambil dari kad debit/kredit anda secara automatik sebulan sekali.
  • Kegagalan menerima bayaran menyebabkan akaun anda disekat dan anda tidak boleh akses ke WMA Masterclass.
  • Walaupun akaun anda disekat, bayaran tetap akan diproses sehingga berjaya. Akaun akan akan dibuka kembali selepas bayaran diterima.
  • Jika anda tidak mahu lagi melanggan, anda perlu hubungi kami untuk batalkan langganan atau anda perlu buat sendiri dengan pergi ke bahagian My account –> Subscription –> Cancel.
  • Tiada halangan untuk anda batalkan langganan, anda boleh batalkan bila-bila masa.
  • Tanpa membatalkan langganan, anda dianggap masih berminat untuk menyambung langganan meskipun bayaran tidak berjaya. Maka sistem kami akan cuba dapatkan bayaran dari debit/kredit anda secara automatik.
  • Bayaran yang tidak berjaya akan dianggap sebagai tunggakan yang perlu dijelaskan meskipun akaun anda telah disekat pada bulan tersebut. Anda perlu buat bayaran tunggakan untuk aktif semula akaun yang sama. Atau batalkan akaun tersebut dan buat langganan baru jika tidak mahu membuat bayaran tunggakan.
  • Anda tidak dikira berhutang meskipun bayaran tidak berjaya. Kerana kami menggunakan konsep ‘pay as you go’, bermaksud bayar dan anda dapat akses. Tanpa bayaran, anda tidak dapat akses. Namun untuk meneruskan akses ke akaun yang sama, anda perlu membuat bayaran tunggakan jika ada. Dan sistem kami akan terus ambil bayaran dari debit/kredit kad anda secara automatik selagi ia tidak berjaya. Kecuali apabila anda batalkan langganan.
  • Jika bayaran anda berjaya tetapi anda tidak dapat akses ke WMA Masterclass, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut. Masalah teknikal adalah masalah yang tidak dapat dielakkan. Menjadi tanggungjawab anda untuk maklumkan kepada kami sekiranya masalah ini berlaku dan dapatkan bantuan segera.
  • Bantuan diberikan pada hari bekerja, 10am – 6pm. Sabtu – Khamis. Setiap hari Jumaat dan cuti umum adalah hari cuti.
  • Setiap bantuan akan diberikan paling lama dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
  • Sistem bayaran kami menggunakan 3 kaedah iaitu:
    • Paypal
    • Debit/Kredit Kad
    • SenangPay
  • Jika anda melanggan menggunakan Paypal atau Debit/Kredit Kad, anda boleh batalkan sendiri langganan dengan pergi ke bahagian My Account –> Subscriptions –> Cancel.
  • Jika anda melanggan menggunakan SenangPay, anda perlu hubungi kami untuk batalkan langganan anda.
  • Cara menghubungi kami ialah dengan hantar mesej di halaman ‘Hubungi’ atau ‘Contact’ atau Messenger kami di WMA Masterclass – Wan Muhd Ali.