.

Jika Anda TIDAK MAHU Bisnes Anda Berada Pada Takuk Yang Sama Bertahun Tahun, Maka Anda Patut Lakukan Perubahan Yang Digelar TRANSBIZ!

 

 

Apa itu TRANSBIZ? 

 

Ia adalah gabungan perkataan Transformasi dengan Bisnes.

Transformasi + Bisnes = Transbiz.

Assalamualaikum…

Saya Wan Muhd Ali. Seorang usahawan sepenuh masa dan jurulatih bisnes dalam bidang pemasaran online dan hal-hal teknikal berkaitan sistem perniagaan internet.

Perkataan Transbiz saya perkenalkan untuk menjelaskan satu maksud yang membawa makna perubahan kepada bisnes.

  • Dari kecil kepada besar.
  • Dari tiada staf kepada ada staf.
  • Dari satu cawangan kepada 2 – 3 cawangan.
  • Dari tiada produk sendiri kepada ada.
  • Dari offline kepada online.
  • Dari separuh masa kepada sepenuh masa.
  • Dari tiada agen kepada ramai agen.
  • Dari enterprise kepada PLT atau Sdn Bhd.
  • Dari rumah kepada premis perniagaan.
  • Dari idea menjadi kenyataan.

 

Proses Transbiz itu sentiasa berlaku dalam bisnes. Tetapi apa yang kita mahu adalah Transbiz yang membawa perubahan besar dan anjakan paradigma kepada bisnes kita sehingga ia berkembang pesat dalam masa singkat.

Apakah yang menyebabkan perubahan luar biasa itu boleh berlaku?

Bagaimana ia berlaku dan apa yang patut dilakukan?

Untuk menjawab pertanyaan ini, kami anjurkan sebuah program sembang santai yang dinamakan Transbiz Talk.

 

Transbiz Talk (TTalk)

 

Untuk belajar formula Transbiz yang terbukti efektif membawa kejayaan, maka kita perlu belajar dari orang-orang yang sudah berjaya. Kerana mereka melalui kejayaan itu dengan usaha yang praktikal, bukan teori.

Dengan usaha yang dilakukan sehingga berjaya membuahkan hasil yang dipandang orang sebagai ‘berjaya’, tentu mereka mempunyai pengalaman bernilai dan mahal yang disimpan rapi dalam minda mereka.

 

Kami mahu cungkil formula Transbiz itu dari minda mereka!

Dalam program Transbiz Talk kami akan menjemput beberapa orang usahawan yang kami anggap sudah berjaya dan punyai bisnes yang mantap untuk berkongsi pengamalan mereka.

Anda boleh tanya berbagai soalan dan bersembang santai dengan mereka. Tanya bagaimana mereka bermula sehingga berjaya hasilkan Transbiz yang hebat untuk perkembangan bisnes mereka.

Ini peluang untuk belajar ilmu perniagaan dari pengalaman orang yang telah berjaya.

Kenapa Mereka Mahu Berkongsi Dengan Kita?

 

Orang yang benar2 berjaya ada sikap yang hampir sama di antara mereka. Antara sikap dan fahaman mereka ialah:

  • Lebih banyak mereka memberi manfaat kepada orang lain, lebih banyak rezeki yang akan datang kepada mereka.
  • Jika mereka tidak belajar dari orang yang lebih berjaya, mereka akan mengajar orang lain tentang ilmu yang mereka ada supaya ilmu itu berkembang.
  • Memberi inspirasi, berkongsi ilmu, berbakti kepada masyarakat dan melahirkan kumpulan kaya dan berjaya adalah satu tanggungjawab.

 

Cukuplah 3 contoh di atas untuk menggambarkan ciri-ciri orang berjaya. Maka ambil peluang ini untuk belajar sesuatu yang berguna dalam proses Transbiz bisnes anda.

 

Sertai Transbiz Talk!

 

Program sembang santai ini akan diadakan minima 2 bulan sekali atau maksima 1 bulan sekali. Buat masa ini kami bercadang mengadakannya program ini 100% secara percuma.

Walau bagaimanapun mungkin ada sedikit caj dikenakan antara RM20 – RM50 seorang jika kami menjemput usahawan yang perlu ditanggung kos penginapan, pengangkutan, makan minum dan masa mereka.

 

Pendaftaran Transbiz Talk

Hantar whatsapp “Transbiz Talk” ke 017 940 2340