.
Mahukah Anda Jana Pendapatan Antara RM1000 Hingga RM3000 Sebulan Dari Produk Yang Dihasilkan Dari Kemahiran Anda Sendiri?
Bukan itu saja, malah produk itu boleh dijual secara online, tidak perlu pos, tidak perlu keluarkan modal besar dan boleh berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa anda sibuk-sibuk menguruskannya!
Baca rahsianya di bawah..
Assalamualaikum…
Saya Wan Muhd Ali. Seorang usahawan sepenuh masa dan jurulatih bisnes dalam bidang pemasaran online dan hal-hal teknikal berkaitan sistem perniagaan internet.
Dalam halaman ini saya akan ceritakan bagaimana anda boleh buat satu produk yang mudah dijual dan mudah diuruskan secara online untuk jana pendapatan setiap hari. Produk yang dimaksudkan ialah produk digital!
Rahsia Bisnes Produk Digital
Apa itu produk digital?
Produk digital adalah seperti ebook, video, audio, gambar, perisian, aplikasi telefon dan seumpamanya. Ada 2 perkara penting kenapa orang perlukan produk digital ini:
- Kerana isi kandungannya.
- Kerana fungsinya.
Kandungan
Orang membeli sebuah ebook, video tutorial atau audio (seperti lagu) adalah kerana mereka mahukan kandungannya. Mereka mahu baca, dengar, belajar dan dapat sesuatu info atau hiburan dari bahan2 tersebut.
Fungsi
Orang membeli atau install sesebuah perisian ke dalam Hp atau komputer mereka kerana mereka mahu gunakan fungsi yang disediakan oleh perisian tersebut.
Kedua-duanya memberi manfaat dan kemudahan kepada orang ramai. Kerana itu ia laris dijual di pasaran.
Jika sudah tahu ia laris dijual, kenapa masih ramai yang tidak buat produk digital sendiri kemudian jual produk itu untuk jana pendapatan lumayan?
Jawapannya kerana ramai yang tidak yakin mereka boleh hasilkan produk sendiri dan tidak tahu bagaimana untuk memasarkannya secara online. Satu lagi adalah kerana MALAS belajar dan MALAS bertindak (untuk masalah ini, tiada orang dapat bantu mereka kecuali diri mereka sendiri :D ).
Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut.. Baca lagi di bawah..
Di Sini Saya Kongsikan Caranya
Baik, mungkin anda serius ingin belajar. Maka saya cadangkan anda sediakan pen dan kertas untuk salin nota2 penting yang boleh anda rujuk balik selepas baca rahsianya di sini. Paling penting, tulis dahulu tip ini anda dapat dari laman web www.wanmuhdali.com (tulis link ini supaya tak lupa untuk datang lagi lain kali. Nak lagi senang, share terus dalam FB anda).
Kita bahagikan prosesnya kepada 5 bahagian:
- Mencari idea.
- Menghasilkan Produk.
- Platform Jualan.
- Pemasaran.
- Bantuan Pelanggan.
Mencari Idea
Sebelum mencari idea, kita perlu tahu dahulu apa jenis produk yang laku di pasaran dan produk apa yang mudah dihasilkan?
Antara produk yang laku di pasaran adalah produk2 yang orang cari. Ermm… Produk yang orang cari?
Ya, produk yang orang cari. Kan senang jual produk yang sememangnya orang sudah cari. Mereka cari, selepas jumpa, godek2 skit pasal harga, kualiti dan lain2, kemudian terus beli.
Kalau kita buat produk yang orang tak cari, jangankan nak harap orang beli, orang tengok pun tidak. Kan susah nak jual tu!
Persoalannya ialah, PRODUK APA YANG ORANG CARI?
Yang pertama kita boleh fikir sendiri dengan melihat trend dan keadaan semasa. Ada sesetengah produk kita tahu ia sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya ialah:
- Produk pemutih
- Produk kuruskan badan
- Produk2 kosmetik
- Produk kesihatan
- Pakaian muslimah terkini
- Produk suami isteri dan banyak lagi.
Cara kedua ialah dengan membuat kajian menggunakan kemudahan yang disediakan oleh google atau mana2 perisian online tentang perkataan yang orang cari dalam internet.
Antaranya ialah:
- Google Keyword Tools
https://adwords.google.com/o/KeywordTool - Google Trends
http://www.google.com/trends/ - Wordtracker
https://freekeywords.wordtracker.com/ - SEO Book Tools
http://tools.seobook.com/keyword-tools/seobook/ - SEMRush
http://www.semrush.com/
Jika kurang faham, cuba google apa kegunaannya atau baca DISINI.
Anda mungkin akan mendapat idea dari senarai produk2 yang orang cari seperti yang diterangkan di atas. Namun bagaimana pula jika anda tiada kemahiran untuk menukarkan bahan2 yang orang cari itu sebagai sebuah produk digital?
Caranya ialah tukar kemahiran anda yang sediada menjadi sebuah produk digital. Mulakan dengan apa yang anda tahu dahulu.
Cuma dengan cara ini anda perlu mencipta ‘permintaan’ terhadap produk yang ada hasilkan itu. Maksudnya jika idea sebelum ini adalah mencipta produk yang orang cari, kali ini anda cipta produk yang anda pula perlu cari orang untuk menjualnya.
Agak sukar sedikit tetapi potensinya masih ada.
Sebagai contoh, cuba anda lihat senarai produk di laman web www.klikjer.com. Anda akan dapati berbagai jenis ebook yang dihasilkan oleh orang yang berbeza. Ada sesetengah ebook itu nampak seperti tiada permintaan pun. Namun sebenarnya mereka tetap jana pendapatan dengan mencari pelanggan yang betul.
Baik, berikut saya berikan beberapa Idea yang mungkin boleh anda jadikan sebagai panduan untuk hasilkan produk digital pertama anda:
- Buat produk yang orang cari (seperti yang dinyatakan di atas)
- Buat produk dari kemahiran yang anda ada (tip jaga anak pun boleh).
- Buat produk dari kemahiran orang lain (minta mereka ajar dan tulis atau videokan ilmu itu menjadi produk digital)
- Buat produk dengan kumpul maklumat2 berharga dari internet (anda cari tip kurus yang efektif, dan jadikan ia sebagai produk anda)
- Buat produk koleksi kisah2 orang berjaya
- Buat produk koleksi pembekal dan pemborong produk untuk peniaga
Menghasilkan Produk
Apabila sudah ada idea, seterusnya ialah buat produk.
Pastikan produk yang dihasilkan itu menepati kehendak bakal pelanggan anda. Produk dalam bentuk kandungan atau informasi yang diperlukan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi ialah informasi yang menyelesaikan masalah.
Biasanya produk2 seperti ini punyai jawapan kepada persoalan seperti “How to..”, “Bagaimana untuk..”, “Cara Membuat…”, “Teknik dan Tip Untuk…” dan sebagainya.
Contoh tajuk dan idea:
- Bagaimana untuk memulakan bisnes dari rumah?
- Cara mudah mengemas rumah tanpa kelihatan berselerak lagi.
- Teknik & strategi pengiklanan menggunakan flyers.
- Cara menjahit telekung yang berkualiti untuk bisnes.
Produk Yang Mudah Dihasilkan
Bina produk yang mudah dihasilkan seperti:
- Ebook
- Video
- Audio
Ebook
Untuk membuat ebook, anda boleh guna perisian Microsoft Word sahaja. Selepas siap, save atau convert file itu ke dalam format PDF supaya ia text yang ada dalam file tersebut tidak berubah dan diubahsuai oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Video
Untuk video, anda tidak perlu rakam video itu dengan kualiti HD atau sama taraf dengan video2 yang dihasilkan oleh perakam video profesional. Cukup sekadar menggunakan smartphone anda. Cuma pastikan gambarnya jelas, warnanya cerah dan tiada gangguan bunyi seperti anak menangis, ayam berkokok dll. Sekurang-kurangnya pastikan penonton selesa tengok video itu.
Audio
Audio adalah bunyi sahaja. Orang membeli audio samada mereka mahu berhibur mengedar sesuatu lagu atau mendapat ilmu dan informasi dari apa yang dikatakan. Anda boleh rekod audio menggunakan smartphone. Produk audio ini sesuai untuk orang yang pandai bercakap dan menyampaikan sesuatu informasi secara lisan.
Produk2 di atas bukan sekadar mudah dihasilkan. Ia juga mudah dihantar kepada pelanggan samada menerusi email, whatsapp dan Facebook (boleh guna FB Group).
Platform Jualan
Di mana produk anda akan dijual secara online?
Banyak tempat yang boleh anda pilih. Antaranya:
- Laman web
- Telegram
Selagi sebuah platform itu ada perkara2 ini, ia boleh dijadikan platform jualan:
- Ada ramai orang guna
- Boleh berkomunikasi dengan orang lain
- Boleh hantar ebook dalam bentuk PDF atau gambar
- Boleh hantar video atau audio
- Boleh hantar personal kepada pembeli (bukan public)
Jadi pilih mana2 platform jualan yang anda rasa selesa. Saya cadangkan anda guna Facebook kerana dengan FB anda boleh:
- Hasilkan group rahsia
- Add pelanggan sahaja dalam group itu
- Masukkan semua produk samada video, audio atau ebook ke dalam group tersebut
- Boleh gunakan group itu untuk update perkembangan terkini
- Boleh gunakannya untuk berkomunikasi dengan pelanggan
- Mudah diuruskan sambil melayari Facebook
- Mudah mencari pelanggan dalam Fb sahaja.
Pemasaran
Untuk membuat pemasaran, caranya adalah agak berbeza apabila kita gunakan platform berbeza. Sebagai contoh, cara untuk memasarkan produk yang anda jual di FB tidak sama dengan cara yang digunakan untuk laman web.
Walau bagaimanapun, strateginya hampir sama sahaja.
- Perkenalkan kepada orang ramai tentang produk anda.
- Berikan percuma kepada 5 – 10 orang pertama untuk mendapat testimoni
- Berikan review dan preview supaya orang tahu serba sedikit tentang kualiti produk anda
- Berikan diskuan harga lebih rendah untuk 50 – 300 orang yang mula beli produk itu
- Jadikan pelanggan sebagai agen (tolong promote dan dapat komisen atas setiap jualan)
Ada banyak lagi strategi yang boleh digunakan untuk pasarkan produk anda. Paling penting, pastikan produk itu berkualiti dan menepati kehendak pelanggan terlebih dahulu.
Bantuan Pelanggan
Ini satu lagi bahagian penting yang patut anda sediakan sebagai pemilik produk digital.
Bantuan pelanggan ini bukan bermaksud sekadar membantu mereka untuk download atau dapatkan produk digital itu selepas mereka beli. Tetapi termasuk memberi khidmat soal jawab jika mereka tak faham, berikan tip2 tambahan atau info2 terkini tentang apa2 informasi berkaitan produk anda dan seumpamanya.
Pastikan pelanggan kita rasa ada sesuatu keistimewaan setelah mereka membeli produk kita. Sehingga mereka kekal menjadi pelanggan setia apabila kita keluarkan produk2 yang lain.
Sekarang, Mulakan Langkah!
Anda sudah belajar dan baca sampai ke sini. Nampak mudah dan ringkas sahaja, bukan? Ada sesiapa yang nampak macam susah?
Sebenarnya ia tidak susah dan tidak pula begitu mudah. Cuma apabila anda tiada idea dan tidak pernah buat, anda akan rasa blur dan buntu apa yang perlu dilakukan.
Mahukah Anda Belajar Secara Praktikal Dengan Berguru & Mendapat Tunjuk Ajar Secara Berdepan?
Saya buka kelas dan bengkel Rahsia Bisnes Produk Digital (RBPD) khas untuk ahli blog ini sahaja. Jika anda berminat untuk belajar secara praktikal dan mendapat tunjuk ajar terus dari saya, jadi ahli blog ini sekarang.
Pendaftaran Ahli Adalah Percuma!