Tag Archive for: perpustakaan unimap

Pada 21 Mac yang lepas, saya telah dijemput memberi ceramah tentang keusahawan dan pengalaman dalam perniagaan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan para pelajar mendapat suatu suntikan baru yang mungkin mereka tidak pernah terfikir sebelum ini.

Semoga dengan adanya program2 seumpama ini, terlahir lebih ramai usahawan di kalangan graduan berbanding hanya mengharapkan pekerjaan dari sektor kerajaan atau swasta.

ceramah unimap wan muhd ali

Program yang dianjurkan ini diberi tajuk Mahasiswa Celik Usahawan. Sebuah program anjuran Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) dengan kerjasama kerajaan negeri, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Unimap.

ceramah unimap wan muhd ali 2

Graduan adalah golongan berilmu. Mereka diberi pendedahan dan pendidikan tahap tinggi oleh orang2 yang diiktiraf dalam akademi mereka. Termasuk yang bergelar DR, Profesor dan sebagainya.

Sebagai graduan, mereka yang patut fikirkan apa yang mereka boleh tawarkan kepada masyarakat, bukan apa yang kerajaan boleh sediakan kepada mereka.

Ramai lagi orang yang tidak berpeluang menjadi graduan. Mereka lebih patut diutamakan dari graduan yang telah cukup didikannya.

Atau mungkin graduan kita hanya diajar cara untuk ‘duduk diam buat kerja sendiri’, bukan ‘cipta peluang untuk orang lain’.

Kita bukan hidup untuk disuap, sebaliknya hidup untuk menabur benih bakti. Biar ia tumbuh segar memanyungi generasi akan datang.