10 Saluran Yang Patut Digunakan Untuk Bina Personal Branding
Apa yang patut kita buat apabila mahu bina personal branding di alam cyber?
1 – Bila personal blog/website
Di sini tempat kita berceloteh berkaitan niche yang disasarkan. Tulis artikel2 berkaitan dan info yang memberi manfaat kepada pembaca.
2 – FB Profile
Gunakan fb profile yang mempersembahkan ‘siapa anda’ secara santai. Di sini rakan (friend) atau pengikut (follower) ingin mengenali anda sebagai seorang manusia. Bukan robot yang hanya tahu membuat iklan dan pemasaran.
3 – FB Page
Ini adalah tempat berkongsi info yang lebih profesional. Ia digunakan untuk membina hubungan baik dengan pengikut, buat pemasaran, iklan, perkembangan (scale-up) dan bantuan (support).
4 – FB Group
Yang ini hanya diperlukan jika kita ingin berkongsi posting2 khas kepada kumpulan atau komuniti tertentu sahaja. FB Group boleh dibina berbeza-beza sebagai contoh:
- Group support
- Group pelanggan
- Group coaching
- Group video live dan sebagainya.
5 – Telegram Channel
Bagi memudahkan pengikut mendapat update terkini, bina sebuah saluran telegram khas untuk mereka. Di sini mereka akan dapat mengikuti post2 kita terus ke telegram mereka dan mendapat notifikasi. Tiada gangguan soalan2, iklan2 dari pengikut lain seperti group di whatsapp. Mereka hanya boleh baca posting kita sahaja.
6 – Instagram
Ia adalah media sosial untuk berkonsi moment atau detik2 melalui gambar dan video. Pengikut yang suka mengikuti perkembangan dan gaya hidup kita dari masa ke semasa ingin melihat bagaimana corak hidup. Ia sesuai untuk golongan popular seperti artis, DJ, penyanyi, usahawan produk kecantikan dan seumpamanya.
7 – Youtube Channel
Ini umpama sebuah diari video yang menghimpunkan konten2 video yang kita bina. Kita boleh hasilkan video tutorial, rancangan TV sendiri dan menarik lebih ramai penonton yang akan menjadi pengikut kita.
8 – Snapchat (optional)
Ia lebih popular di luar negara. Jika di Malaysia, ia lebih banyak digunakan oleh golongan muda dengan tujuan bersosial semata. Snapchat hakikatnya merupakan saluran yang sangat berpengaruh untuk menarik pengikut menonton aktiviti kita secara live. Dalam masa yang sama boleh digunakan untuk mempromosikan diri, servis, produk secara live.
9 – Email Database / Content
Ini agak advance. Tetapi sangat efektif. Pengikut yang benar2 ingin belajar sesuatu atau mendapat info dari kita, mereka sanggup berikan alamat email dan mengikuti mesej2 yang kita hantar ke email mereka. Di sinilah berkumpulnya database bakal-bakal pelanggan yang sangat berpotensi.
10 – Bina Produk Digital / Fizikal
Produk digital seperti ebook, video, audio atau artikel. Produk fizikal pula seperti buku, program2, acara, seminar, bengkel dan sebagainya. Produk-produk umpama ini akan memberi nilai tambah kepada kita untuk menarik pengikut yang berkualiti untuk lebih mendalami ilmu yang kita sampaikan atau lebih mendekati kita.
Baik! 10 perkara ini sekali lihat macam banyak sangat kerja kena buat. Jangan risau, buat satu-satu dahulu. Bermula dari mana yang kita mahir.
Kemudian bangunkan satu persatu menjadi sebuah rangkaian digital yang mempersembahkan diri kita. Dari situ pengikut akan menemui sebuah perjalanan yang panjang tentang diri kita.
Berulang-ulang mengikuti kita di media sosial dan dalam berbagai-bagai saluran. Maka melekatlah personal brand kita dalam kepala follower.
Begitulah.
Maaf, twitter, pinterest dan linkedin tak termasuk dalam senarai kali ni. Twitter sesuai untuk golongan profesional yang sudah punya pengikut. LinkedIn untuk golongan profesional dan kerjaya. Pinterest pula lebih kepada golongan seni dan kreatif.
Wan Muhd Ali
www.wanmuhdali.com
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!