Tahu semua perkara?

Dalam bercakap-cakap dengan orang bisnes, jangan tunjukkan seolah-olah kita tahu semua perkara.

Bercakap hanya apabila ditanya. Beri pandangan hanya apabila diminta.

Banyak kerugian apabila pamerkan diri seolah-olah tahu semua perkara, antaranya:

  • Orang meluat dengan sikap kita yang menjadi Profesor serba tahu.
  • Orang sukar berkongsi ilmu kerana disangka kita sudah pandai.
  • Orang ingin melihat apa yang kita buat berdasarkan apa yang kita cakap.
    .

Kata satu pepatah, kosongkan gelas apabila ingin belajar supaya gelas itu boleh diisi dengan air (ilmu) yang banyak.