Tip Sewa Pejabat

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, banyak bisnes terpaksa tutup kedai.

Dalam masa yang sama, ada juga bisnes yang sedang meningkat naik.

Jangan cepat merasa bangga atau teruja dengan kenaikan bisnes. Sesuatu bisnes itu boleh naik dengan pantas dan boleh jatuh juga dengan pantas. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini. Maka berhati-hati membuat pelaburan bisnes. Duit banyak jangan dilaburkan kepada perkara yang tidak boleh mendatangkan hasil.

Baik, berbalik kepada tajuk utama.

Tip sewa pejabat.

Ada bisnes sedang ditutup. Ada bisnes sedang berkembang.

Bagi bisnes yang sedang berkembang dan berhasrat untuk menyewa premis pejabat yang lebih besar dan selesa, gunakan tip2 ini untuk melangkah dengan lebih bijak tanpa membazirkan wang.

1 – Cari pejabat yang berdekatan dengan rumah staf atau yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Kemudahan ini akan dapat mempengaruhi staf untuk bekerja lama dengan kita. Selain dapat menjimatkan kos perjalanan mereka, mereka juga akan selesa dengan bekerja di situ.

2 – Cari ofis yang sudah siap direnovasi.

Sebaiknya cuba dapatkan pejabat yang penyewa baru sahaja pindah. Ini antara perkara yang perlu diambil perhatian:

  • Pejabat itu sudah siap dibuat bilik-bilik.
  • Pejabat itu sudah ada aircond.
  • Sudah siap pasang carpet.
  • Lampu dan aliran elektrik yang lengkap.
  • Dinding sudah bersih dan cantik. Tidak perlu cat lagi.

Pendek kata, anda masuk basuh kaki saja. Hanya perlu buat masuk meja kerusi dan perkakasan pejabat yang boleh dibawa keluar ke sana ke mari.

Dengan memilih pejabat seumpama ini, anda akan dapat jimat wang dari RM10k hingga RM50k. Malah kadang2 boleh cecah RM100k.

Buat apa nak bazir duit kepada renovasi pejabat yang kekal. Akhirnya item tersebut jadi milik tuan bangunan. Kalau nak cabut keluar pun kos tinggi. Lebih baik cari yang dah siap terpasang. Kalau perlu bayar kepada penyewa lama, bayar saja. Boleh jimat lebih 50% kos renovasi.

3 – Kenali siapa pemilik premis tersebut. Pastikan orang itu seorang yang boleh dibawa berbincang.

Tiada orang boleh jamin apa akan berlaku kepada sesebuah bisnes. Kadang-kadang ia ok. Kadang-kadang ia agak sukar dan kadang-kadang terpaksa tutup terus.

Maka sebelum kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini berlaku dalam bisnes kita, maka bersedia menghadapi saat-saat sukar dengan plan yang rapi.

Apabila ingin menyewa pejabat, pastikan anda kenal siapakah pemilik premis pejabat yang anda akan sewa itu. Lihat bagaimana karekter mereka. Pastikan mereka boleh dibawa berbincang dan boleh berlebih kurang jika anda tidak mampu membayar sewa bulanan di kemudian hari.

Jika silap pilih owner, ‘teruk’ binses anda diperlakukan olehnya. Contohnya mereka akan mengunci pintu pejabat tanpa notis. Mereka akan ranpas semua barang-barang dalam pejabat dan banyak lagi perkara yang tidak terduga oleh anda. Maka dari awal lagi, anda perlu memilih pemilik premis yang baik budi pekerti. Boleh dibawa berbincang jika bisnes bermasalah.

4 – Dokumen sewa yang jelas dan lengkap. 

Jangan sesekali menyewa pejabat tanpa membuat semakan pada surat perjanjian sewa pejabat. Pastikan anda membaca semua maklumat yang dinyatakan dalam surat perjanjian tersebut.

Fahami terma dan syarat-syarat mengikut undang-undang, jangan terjerat dengan surat perjanjian yang cuba menjerat anda atau berat sebelah.

Kesimpulan…

Menyewa sesebuah permis pejabat atau kedai bukan seuatu perkara yang boleh diambil remeh. Jangan kerana bisnes kita sedang berkembang, kita ambil mudah sahaja tentang perkara ini. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dikemudian hari. Maka berhati-hati dan sentiasa mengambil kira perkara-perkara yang saya senaraikan di atas sebagai hal yang serius.

Saya suka melihat Team restoran Mamak menguruskan kedai makan mereka.
 
  • Mereka bekerjasama sesama mereka dengan baik.
  • Jarang nampak mereka duduk walaupun pelanggan kurang.
  • Mereka sentiasa berebut melayan pelanggan.
  • Mereka mudah ingat pesanan pelanggan.
  • Mereka jarang bersembang semasa kerja.
  • Mereka berkerja tanpa duduk diam.
  • Meja dan kerusi dikemas dengan pantas apabila pelanggan beredar.
  • Tak perlu panggil untuk lap meja, mereka akan lap dengan segera jika ada sisa makanan.
  • Mereka berjalan dengan laju. Bukan malas2.
  • Mereka tidak ganggu pelanggan walaupun duduk lama2 di kedai mereka.
  • Mereka jalankan tanggungjawab masing2.
  • Jarang pelanggan merungut makanan lambat sampai.
  • Internet sentiasa ada di kedai mamak.
  • Mereka tak main telefon. Tak ada seorang pun yang pegang HP.
  • Mereka bersungguh-sungguh menjalankan kerja. Cergas dan sihat. Tidak bermuka masam walaupun tidak senyum.
 
Kesimpulannya,
 
Patut la pelanggan sentiasa ramai.