Pembeli ambil ebook kita dan jual di Shopee dengan harga RM1 – RM5

Situasi ini banyak berlaku.

Disebabkan itu ramai kawan² saya yang merupakan sifu² bisnes malas nak keluarkan ebook lagi.

Hukum jual ebook orang lain tanpa kebenaran ini adalah HARAM!

Namun ramai yang tak peduli.

Senang² saja jual dan ambil untung sendiri 100%.

Dah la jual dengan harga murah gila, siapa lagi nak beli ebook original yang harganya lebih tinggi.

.

Jika anda nak buat produk digital seperti ebook, maka perkara seperti ini anda perlu ambil perhatian.

Penting untuk melindungi harta intelek anda dan jangan biarkan orang lain jual produk anda sesuka hati mereka.

Ada banyak cara untuk melindungi produk digital anda.

Saya akan ajar caranya dalam kelas Digital Product Mastery nanti.

.

Meskipun ada orang akan curi dan jual balik ebook kita dengan harga murah, jangan jadikan situasi ini sebagai penghalang untuk anda hasilkan produk digital.

Bila kita jual produk digital ni, ada 2 perkara penting kita perlu tahu:

✔️ Kita nak pelanggan yang berkualiti

✔️ Pelanggan nak penjual yang boleh bantu mereka

.

Pelanggan berkualiti akan jadi tribe kita.

Apa itu tribe?

Nanti kita belajar dalam kelas.

Mereka akan buat apa yang dipelajar dan support bisnes kita.

Senang cerita, Loyalty Customer.

Yang beli dekat Shopee dengan harga RM1 – RM5 tu kita tak mahu Customer macam tu.

Mereka bukan sasaran kita.

.

Sebagai Customer pula, kita nak penjual yang betul.

Sebab apa yang kita akan belajar dari produk tersebut perlukan kemahiran dan kepakaran dari pencipta produk tersebut.

Bukan dari pencuri yang hanya copy hasil kerja orang.

Bila salah beli, kita tak akan dapat support dari Owner produk, tak dapat update, tak dapat semua kelebihan yang sepatutnya kita dapat.

.

Waktu saya mula dalam bidang produk digital sekitar tahun 2007 – 2010, ramai tanya:

Kenapa ebook orang jual mahal, sampai harga RM100 – RM300.

Sedangkan buku² bercetak di luar sana hanya RM20 – RM50 saja.

Ebook tu dah la digital, tak perlu cetak.

Tak perlu letak di kedai, tak perlu pos dll. Tapi harga mahal gila!”

.

Jawapannya, nilai yang diberikan tidak sama.

Walaupun kos buku biasa lebih tinggi. Tapi nilai yang diberikan dalam ebook jauh lebih besar.

.

Contoh, bila anda beli ebook, biasanya penulis akan sediakan Group support.

Boleh personal mesej dengan penulis.

Boleh ‘berjumpa’ sesama pembeli yang lain dalam support Group. Maksudnya ada komuniti Customer.

Selain tu, dapat update² terbaru jika info ebook bertambah. Dan macam² lagi nilai yang kita tak akan dapat jika sekadar beli buku fizikal di kedai² buku.

Nilai inilah yang kita kena belajar buat jika mahu hasilkan produk digital.

Dengan nilai ini jugalah produk kita akan jadi MAHAL dan orang sanggup bayar untukmendapatkannya.

.

Dalam kelas Digital Product Mastery yang akan saya adakan awal bulan depan (Oktober), kita akan belajar mencipta nilai² ini.

Bukan sekadar belajar ilmu teknikal.

Ilmu teknikal tu anda boleh Google atau tengok video di YouTube pun boleh.

Ada banyak cara buat produk digital yang diajar di luar sana.

Boleh buat produk, belum tentu boleh jual, jangankan nak jual harga mahal. Jual murah pun belum tentu orang beli.

Tak percaya?

Tengok ebook² di Shopee yang dijual secara haram dengan harga RM1 – RM5, berapa je Sales diorg.

Biasanya antara 10 – 100 Sales saja.

Tapi ebook/buku original terjual ribuan unit.

Itulah bezanya.

Orang beli NILAI, bukan beli PRODUK itu semata mata.

.

Yang dah daftar, kita jumpa dalam kelas Oktober nanti untuk belajar lebih terperinci.

Yang belum daftar, boleh klik di bawah:

DAFTAR DI SINI

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *