Tag Archive for: facebook

7 Aktiviti Pemasaran Utama Yang Perlu dilakukan Untuk Berjaya Dalam Bisnes FB.
1 – Membina Hubungan.
2 – Membina Kredibiliti.
3 – Membina Tribe.
4 – Membuat Iklan.
5 – Menjual.
6 – Follow Up.
7 – Support.
Keterangan:

 

Membina Hubungan

Ini adalah aktiviti paling utama apabila kita berniaga di FB. Ia adalah aktiviti rutin yang kita perlu lakukan hampir setiap hari. 4 teknik membina hubungan:

  • Tambah rakan dalam profile FB.
  • Tambah ahli dalam group.
  • Tambah liker dalam Page.
  • Tambah subscriber dalam database (email @ SMS).

 

Membina Kredibiliti

Apabila sudah berjaya membina hubungan, jaga kredibiliti diri. Jangan jatuhkan pandangan orang pada kita. Bina pengaruh dan pengikut (follower).

Membina kredibilit bukan bermaksud kita tunjuk pandai, tunjuk hebat atau tunjuk kejayaan, tetapi berikan keselesaan dan keyakinan untuk orang berurusan dengan kita.

 

Membina Tribe

Selepas berjaya membina kredibilit dan pengaruh, kita akan dapat mengumpul golongan yang percaya, yakin dan selesa dengan kita. Mereka inilah tribe kita. Dapatkan database mereka supaya lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka.

 

Membuat Iklan

Iklan tidak semestinya bertujuan menjual produk. Iklan di sini bermaksud ‘memberitahu sesuatu’. Dengan iklan itu kita mahu orang tahu apa yang kita jual, apa bisnes kita, apa yang kita ada untuk tawarkan kepada mereka.

 

Menjual

Seni menjual dan seni membuat iklan adalah berbeza. Selepas beriklan, orang akan kenal produk kita, selepas kenal, mereka ingin tahu, selepas tahu, barulah mereka ingin membeli. Di sini barulah kita mula menjual.

 

Follow-Up

Tidak semua orang yang tahu akan terus membeli produk kita. Ada yang masih ragu-ragu dan mahu tahu lebih lanjut. Mereka mahu tengok2 dulu bagaimana respon orang lain dan sebagainya. Maka follow-up mereka supaya mereka sentiasa mendapat update terkini.

 

Support

Support atau bantuan adalah tempat di mana kita membina kepercayaan yang lebih kukuh kepada orang yang sudah menjadi pelanggan kita. Semasa seminar asas perniagaan internet tahun 2013, saya pernah bertanya kepada peserta seminar saya.
Berapa orang yang menyediakan support untuk pelanggan mereka?

Hampir 95% dari mereka tidak menyediakan sebarang support dan ramai yang masih hairan kenapa ruangan bantuan pelanggan ini diperlukan.

Hakikatnya, jika kita membeli sebuah handphone, kita sendiri akan bertanya kepada penjual itu samada produk itu mempunyai jaminan atau tidak dan kita simpan resit untuk dapatkan bantuan di masa akan datang sekiranya produk itu mengalami kerosakan.

Maka di situlah kepentingan ruangan support pelanggan.

 

.