Saya suka melihat Team restoran Mamak menguruskan kedai makan mereka.
- Mereka bekerjasama sesama mereka dengan baik.
- Jarang nampak mereka duduk walaupun pelanggan kurang.
- Mereka sentiasa berebut melayan pelanggan.
- Mereka mudah ingat pesanan pelanggan.
- Mereka jarang bersembang semasa kerja.
- Mereka berkerja tanpa duduk diam.
- Meja dan kerusi dikemas dengan pantas apabila pelanggan beredar.
- Tak perlu panggil untuk lap meja, mereka akan lap dengan segera jika ada sisa makanan.
- Mereka berjalan dengan laju. Bukan malas2.
- Mereka tidak ganggu pelanggan walaupun duduk lama2 di kedai mereka.
- Mereka jalankan tanggungjawab masing2.
- Jarang pelanggan merungut makanan lambat sampai.
- Internet sentiasa ada di kedai mamak.
- Mereka tak main telefon. Tak ada seorang pun yang pegang HP.
- Mereka bersungguh-sungguh menjalankan kerja. Cergas dan sihat. Tidak bermuka masam walaupun tidak senyum.
Kesimpulannya,
Patut la pelanggan sentiasa ramai.