Saya lebih dikenali dengan nama gelaran WanWMA dalam internet sebelum aktif menggunakan Facebook. Nama itu digunakan sebagai nama samaran untuk blog saya.
Blog WanWMA yang saya bina itu pada asalnya adalah berkaitan motivasi dan perniagaan. Namun minat dan timbul kesedaran dalam diri tentang pentingnya dakwah atau perkongsian tentang Islam telah membuatkan blog itu dipenuhi artikel-artikel agama yang berguna untuk masyarakat.
Memandangkan ia telah menjadi sebuah blog islamik, saya telah re-brand blog tersebut dengan jenama CahayaIslam.net. Bermula dari situ, tiada lagi blog WanWMA walau blog itu masih menggunakan domain wanwma.com.
Alhamdulillah.. Dari blog itu saya telah belajar banyak perkara termasuk ilmu-ilmu penting dalam pemasaran internet. Sehingga kini saya telah membangunkan berbagai platform perniagaan secara online. Antaranya ialah Kedaikreatif.com (antara bisnes online pertama yang dibina ketika zaman saya menulis di blog WanWMA). Sekolah Jampi Facebook dan Akademi Kecantikan Azalea.
Banyak lagi sebenarnya projek lain, namun saya tidak rasa ia penting untuk dinyatakan di sini. Ada yang masih kekal dan ada yang sudah berkubur. Itu perkara biasa dalam bisnes.
Sedikit mengenai diri saya..
Berasal dari negeri Terengganu dan menetap di bandar Kuala Terengganu. Saya sangat sayang negeri ini.
Berkemahiran dalam bidang penulisan artikel, iklan atau copywriting, lukisan kartun, lukisan hiasan dalaman, rekabentuk grafik, menghasilkan animasi dan pemasaran online.
Memiliki sebuah premis perniagaan pengiklanan dan percetakan di Kuala Terengganu.
Sudah berkahwin dan punyai anak-anak perempuan yang comel. :D
Kini aktif mengadakan seminar, bengkel dan kelas berkaitan perniagaan internet dan juga pembuatan produk kecantikan.
Fokus & Rancangan
Ketika di usia 20an, saya sangat aktif mencari ilmu bisnes dan ilmu pemasaran internet. Berbagai-bagai usaha dan bisnes dijalankan sebagai langkah percubaan dan pembelajaran.
Kini usia saya sudah masuk ke angka 30an. Sudah ada isteri, anak-anak dan tanggungjawab yang besar untuk keluarga dan kehidupan.
Langkah-langkah percubaan sudah dihentikan. Fokus saya kini adalah mengembangkan bisnes sedia ada ke tahap seterusnya dan mula berkongsi ilmu menerusi seminar, bengkel dan seumpamanya.
Kita manusia hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan kepada semua yang memberi sokongan kepada saya selama ini.
Wallahualam…
KLIK DI SINI UNTUK LIHAT PENCAPAIAN SAYA DI MEDIA
.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!