Bab 2: 4 Peringkat Dalam Bisnes Internet

success

Terdapat 4 peringkat dalam bisnes internet:

  1. Peringkat mencari idea/produk.
  2. Peringkat membina platform.
  3. Peringkat pemasaran.
  4. Peringkat jualan dan bantuan pelanggan.

 

Peringkat Pertama – Mencari Idea/Produk

Bagi mereka yang sudah memiliki idea atau produk, anda sepatutnya tiada masalah dalam hal ini. Apa yang anda perlu fikirkan ialah bagaimana untuk letakkan atau iklankan produk anda itu dalam internet sahaja. Anda boleh terus pergi ke peringkat kedua.

Buat mereka yang belum mendapat idea dan tiada produk, anda boleh pilih mana-mana cadangan berikut:

  • Cari mana-mana pembekal produk, dapatkan harga yang lebih murah dan jual dalam internet.
  • Hasilkan sendiri produk anda jika anda ada ilmu dan kemahiran.
  • Cuba sertai program affiliate yang dianjurkan orang lain dan belajar memasarkan produk mereka dahulu. Affiliate ialah program buat duit dengan mengiklankan produk orang lain (Google untuk keterangan lanjut).
  • Sertai program dropship yang disediakan oleh orang lain. Pastikan mereka ada latarbelakang sebagai pembekal produk yang baik sebelum anda memilih mereka. Dropship adana program buat duit dengan menjual produk orang lain. Kita tidak perlu simpan stok. Jika ada pelanggan membeli, baru kita bayar kepada pembekal dan pembekal itu akan pos barang kepada pelanggan.

Anda boleh pilih mana-mana peluang yang ada atau buat kajian untuk mendapatkan produk yang mendapat sambutan hangat dalam internet.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita perlu melepasi peringkat ini dahulu!

 

Peringkat Kedua – Membina Platform

Setelah kita memiliki produk atau servis yang ingin ditawarkan kepada pengguna2 internet, perkara yang perlu kita lakukan seterusnya ialah mengiklankannya.

Antara tapak iklan yang boleh dibina secara online ialah:

  • Website.
  • Blog.
  • Facebook.
  • Pinterest.
  • Instagram dan sebagainya.

Platform itu semua hanyalah alat, kita perlu tahu seni membuat iklan dan bagaimana iklan yang baik untuk setiap platform.

Saat ini ramai yang menggunakan Facebook sebagai platform perniagaan mereka.

Ini kerana dengan Facebook kita dapat post sesuatu iklan dengan mudah, cepat dan efektif. Di Facebook juga terdapat jutaan manusia yang sentiasa aktif melayari web itu.

Ia menjadikan Facebook antara tempat terbaik untuk kita jadikan sebagai platform perniagaan online kita.

Jika anda sudah sampai ke peringkat ini, maka bina satu platform untuk mengiklankan produk anda. Kita akan bincangkan perkara ini dalam bab yang lain nanti.

 

Peringkat Ketiga – Pemasaran

Pemasaran adalah nadi utama dalam kejayaan perniagaan. Samada perniagaan menggunakan internet atau tidak, tanpa pemasaran, perniagaan itu akan mati.

Dalam internet, kita dapat membuat pemasaran dengan kos yang amat minima. Ia jauh berbeza dengan membuat pemasaran secara konvensional.

Antara strategi-strategi pemasaran yang terdapat dalam internet ialah:

  • Menggunakan autoresponder dan membina mailing list (database bakal pelanggan).
  • Membuat pemasaran menggunakan Google Adwords.
  • Membuat pemasaran menggunakan Facebook, samada guna profile, group, page atau Facebook Ads.
  • Membuat pemasaran menggunakan media sosial lain selain FB.
  • Membuat pemasaran menggunakan SMS.
  • Membuat pemasaran menggunakan sistem affiliate.
  • Membuat pemasaran dengan JV.
  • Membuat pemasaran dengan menggunakan authority blog/website.

 

Begitu banyak strategi yang boleh kita pelajari dan gunakan. Bagaimanapun kita tidak perlu lakukan semuanya. Cukup dengan fokus salah satu atau 2 jenis pemasaran sahaja untuk peringkat permulaan.

InsyaAllah dalam web ini saya akan huraikan setiap teknik pemasaran yang disenaraikan di atas. Anda cuma perlu belajar apa yang berkaitan dengan anda sahaja!

 

Peringkat Keempat – Jualan & Pengurusan Pelanggan

Ramai orang berniaga dalam internet ingin terus duduk diperingkat ini. Iaitu membuat jualan. Ini kerana peringkat di peringkat ini kita akan dapat terus melihat hasil jualan.

Meskipun begitu, tidak ramai yang menyediakan servis bantuan pelanggan.

Pada peringkat jualan ini terdapat beberapa seni yang kita perlu tahu. Antaranya:

  • Seni ‘close sale’ iaitu memastikan jualan berjaya dihasilkan oleh orang yang bertanya.
  • Seni menguruskan database pelanggan2 yang sudah membuat pembelian.
  • Seni mengambil keuntungan dari senarai pelanggan sedia ada.
  • Seni membuatkan pelanggan sukakan perniagaan kita.

Jika anda sudah berada di peringkat ini, maka rangka sebuah pelan rancangan untuk jualan dan pengurusan pelanggan anda.

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *