Bab 6 – Teknik Menjual

Ramai orang tidak suka apabila kita datang menerpa mereka dan menjual produk-produk yang kita ada secara terus. Cara ini membuatkan orang akan lari dari kita.

Cara menjual seperti itu dikenali sebagai hard-sell. Cara ini sudah ketinggalan zaman. Kini kita perlukan teknik menjual yang lebih baik yang dikenali sebagai soft-selling.

Jual sesuatu dalam keadaan orang tidak perasan bahawa kita menjual sesuatu kepada mereka.

Sebagai contoh, kita ada kenalan yang ramai dalam FB. Kita ingin jual alat penjimatan elektrik kepada mereka. Apa yang perlu kita lakukan bukan buat iklan tentang alat tersebut. Tetapi ceritakan secara berperingkat tentang kegunaannya, manfaatnya, pengalaman menggunakannya dan sebagainya.

Dari cerita-cerita yang kita hasilkan itu, akan ada sahaja orang yang membaca dan berminat. Orang2 ini akan komen dan bertanya tentang di mana mereka boleh dapatkannya.

Dari situlah kita mula menjual produk tersebut kepada mereka.

Ini adalah antara teknik social marketing yang boleh kita gunakan untuk menjual sesuatu tanpa dimarahi orang.

Ia mudah, berkesan dan efektif!

 

 

 

 

Bab 5 – Strategi Pemasaran

Perkara paling penting dalam perniagaan ialah pemasaran. Orang yang pandai membuat pemasaran boleh menjual apa sahaja. Orang yang ada produk belum tentu dapat menjual produknya jika beliau tidak pandai memasarakan produk tersebut.

Dalam bisnes online terdapat beberapa strategi pemasaran yang sememangnya sudah terbukti amat efektif.

Antaranya ialah:

  • Email marketing
  • Affiliate marketing
  • Content marketing
  • Social marketing
  • SMS marketing

 

Selain itu terdapat beberapa ruang iklan yang juga dapat membantu kita membangunkan bisnes online kita. Antara iklan-iklan tersebut ialah:

  • Facebook Ads
  • Google Adword
  • Ads Space (ruang iklan di website popular)

 

Maka kita perlu belajar strategi marketing ini semua untuk menjayakan perniagaan online kita.

Setiap satu strategi marketing di atas ada lebih dan kurangnya. Ia bergantung kepada bagaimana kita melaksanakannya.

Anda tidak perlu belajar semua teknik pemasaran di atas sekaligus. Cukup memilih satu cabang, belajar dan terus laksanakannya. Selepas satu strategi berjaya dilaksanakan, strategi-strategi lain akan menyusul dengan sendirinya.

Untuk permulaan, boleh mulakan dengan strategi Social Marketing iaitu dengan menggunakan media sosial yang biasa anda guna setiap hari seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

 

 

Bab 4 – Membina Platform

Apa Itu Platform?

Platform yang dimaksudkan di sini ialah TAPAK perniagaan anda dalam internet. Pada 5 atau 10 tahun yang lepas, platform perniagaan ini biasanya melibatkan satu perkara sahaja iaitu laman web. Mana2 usahawan yang ingin berniaga secara online perlukan laman web sebagai platfom perniagaan mereka.

Namun zaman sekarang teknologi sudah berubah. Cara orang menggunakan internet juga sudah berubah. Ia bukan lagi sekadar alat untuk mencari info. Tetapi ia menjadi medan komunikasi terbesar abad ini. Perubahan ini juga menjadikan platform perniagaan internet lebih banyak variasi.

Maka apabila kita fikirkan tentang platform perniagaan, kita boleh fikirkan platform yang paling sesuai untuk bermula. Antara tempat yang boleh kita jadikan platform ialah:

  • Facebook
  • Instagram
  • Pinterest
  • Blogspot (web blog)
  • Tumblr (web blog)
  • WordPress (web blog)
  • Joomla (web blog)

 

Dan banyak lagi yang boleh anda pilih sendiri bergantung kepada jenis perniagaan dan gaya pemasaran anda. Contohnya jika menggunakan Facebook, kita boleh pilih samada mahu gunakan profile peribadi, group atau page untuk dijadikan sebagai paltform perniagaan kita.

Maksudnya kita ada sangat banyak pilihan untuk menetapkan di manakan platform perniagaan kita akan bermula.

Selepas wujudnya platform ini, barulah kita dapat membina hubungan dengan orang lain untuk menwar-warkan tentang perniagaan, produk atau servis yang kita tawarkan.

 

Tip Dalam Memilih & Membina Platfrom

  1. Mulakan dengan apa yang kita tahu (kalau tidak tahu buat laman web, mulakan dengan Facebook)
  2. Pastikan terdapat ramai orang yang kita boleh bawa ke platform perniagaan kita.
  3. Mudahkan bakal pelanggan untuk akses atau layari platform tersebut.
  4. Pastikan kita boleh berkomunikasi dengan bina hubungan dengan bakal pelanggan.
  5. Jangan terlalu banyak info yang tidak berkaitan, fokus kepada bisnes kita sahaja.
  6. Wujudkan sebab untuk orang datang berkali-kali ke platform tersebut.

 

Dengan platform perniagaan yang berkualiti, kita dapat bina empayar perniagaan yang baik!

shop_online2

 

 

 

Bab 3: Tip Mencari Produk

Antara perkara yang paling sukar apabila merancang untuk memulakan perniagaan adalah, memilih produk yang hendak dijual. Ianya adalah sesuatu yang sangat sukar kerana bukan saja produk tersebut mestilah sesuatu yang mempunyai permintaan yang tinggi..tetapi, ia juga mestilah sesuatu yang menguntungkan.

Sebelum anda membuat keputusan produk apa yang hendak dijual, anda hendaklah terlebih dahulu mengambil kira faktor-faktor berikut..

 

1) Produk yang boleh dipasarkan

Tidak kira apa produk yang kita jual…tetapi apa gunanya kalau tiada pelanggan yang membeli. Sebelum anda membuat keputusan apa yang hendak dijual, kenal pasti pasaran anda terlebih dahulu.

Sekiranya anda tahu  siapa pelanggan anda..barulah anda tahu kehendak atau keperluan pelanggan anda. Sekiranya produk anda hanya diperlukan oleh sesetengah orang, maka sudah tentu tidak cukup untuk mengekalkan perniagaan anda.

Pemilihan produk anda tidak perlu memuaskan semua penduduk di sesuatu kawasan..tetapi  ia haruslah boleh meyakinkan peratusan besar pelanggan yang memerlukan.

 

2) Margin Keuntungan

Menjual produk yang mempunyai banyak permintaan pada umumnya lebih menguntungkan, tetapi memerlukan lebih kredibiliti untuk menjual. Apabila anda melihat harga produk anda, jangan lupa untuk mengira kos langsung dan tidak langsung seperti kos overhead.

Jika anda boleh menjual 50 bungkus nasi lemak sehari dengan harga Rm 1 sebungkus dan kos nasi lemak anda adalah Rm 0.50 bagi setiap bungkus, ia mungkin kelihatan seperti anda mempunyai keuntungan sebanyak Rm 25 sehari.

Tetapi, apabila anda mengira kos overhead anda adalah Rm 20 sehari, anda mungkin mendapati bahawa keuntungan anda tidak mencukupi walaupun jualan anda baik. Ini bermakna, penjualan produk yang terbaik tidak semestinya menguntungkan sekiranya margin keuntungan anda adalah terlalu kecil.

 

3) Jualan berulang

Pilih produk yang mempunyai jualan yang berulang. Suatu produk yang perlu dibeli oleh pelanggan secara berulang kali boleh mewujudkan jualan jangka panjang antara penjual dan pembeli.

Dengan mewujudkan pelanggan tetap, pelanggan akan terus kembali membeli dengan anda kerana menggunakan produk anda. Selain itu pelanggan yang berpuas hati akan terus membeli daripada anda produk-produk lain yang berkaitan di masa akan datang.

 

4) Produk yang popular

Apabila memilih untuk menjual produk berdasarkan ‘apa yang popular’, masa adalah amat penting. Trend baru boleh menjadi rangsangan yang baik untuk perniagaan anda, tetapi anda perlu memahami dengan mendalam produk tersebut dalam usaha untuk berjaya. Pembelajaran untuk memilih produk yang panas memerlukan kemahiran yang tinggi apabila anda mengetahui pasaran anda.

 

5) Pesaing

Pesaingan adalah sesuatu yang sihat. Tidak kira sama ada harga anda lebih murah atau mahal, sebaliknya ialah..semakin unik sesuatu produk akan menyebabkan semakin kurangnya pesaing anda..

 

6) Label produk anda sendiri

Salah satu cara untuk menjamin produk yang unik adalah dengan membuat produk label anda sendiri. Salah satu cara lain adalah dengan berkongsi dengan syarikat yang kecil yang membuat produk yang anda boleh jual. Salah satu cara lagi adalah dengan ‘rebranding’ produk yang di buat oleh orang lain dengan jenama anda sendiri.

 

7) Kualiti

Apabila anda telah membuat keputusan apa produk yang hendak dijual di kedai anda, tanya diri anda sendiri.

Adakah anda sanggup menjual produk tersebut kepada sahabat karib anda?

Adakah mereka akan berpuashati dengan produk tersebut?

Kualiti sesuatu produk adalah penting demi untuk menjaga reputasi perniagaan anda.

 

8) Kepelbagaian

Pastikan  produk yang dijual adalah mudah dan tidak merumitkan dari mulanya. Sekiranya anda fokus dengan sesuatu produk, maka pemasaran anda juga akan menjadi lebih fokus. Apabila perniagaan anda semakin berkembang barulah anda mempelbagaikan produk anda bersesuaian dengan konsep perniagaan anda, lokasi dan pasaran anda.

 

Beberapa soalan yang perlu diingat semasa memilih produk untuk dijual semula.

  • Adakah anda sendiri akan menggunakannya?
  • Adakah anda akan mejualnya kepada seseorang yang anda kenal?
  • Adakah terdapat keperluan sebenar untuk produk itu berada di pasaran hari ini?
  • Bolehkah anda bayangkan diri anda menjual produk itu untuk beberapa tahun lagi akan datang?
  • Kunci untuk mempunyai perniagaan yang berjaya adalah dengan mengetahui produk anda dan mempercayai produk yang anda jual. Jika anda tidak percaya pada produk anda sendiri, maka anda mungkin tidak akan berjaya menjualnya kepada pelanggan anda.
  • Sentiasa membuat ‘brainstorming’ dan anda akan menjumpai produk yang akan memenuhi kehendak pasaran sasaran anda dan keupayaan anda untuk mencari sumber produk, membeli dan menjualnya semula.

Nota di atas dipetik di sini.

 

Selain itu lakukan sedikit kajian secara online untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah produk yang laku dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Kajian boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa servis berikut:

Mungkin ada yang masih tidak faham dan kurang mesra menggunakan servis2 yang disenaraikan di atas. Tidak mengapa, ambil masa anda untuk belajar menggunakannya.

Terdapat banyak tutorial dan panduan boleh dicari dalam internet tentang servis2 di atas.

.

Bab 2: 4 Peringkat Dalam Bisnes Internet

success

Terdapat 4 peringkat dalam bisnes internet:

  1. Peringkat mencari idea/produk.
  2. Peringkat membina platform.
  3. Peringkat pemasaran.
  4. Peringkat jualan dan bantuan pelanggan.

 

Peringkat Pertama – Mencari Idea/Produk

Bagi mereka yang sudah memiliki idea atau produk, anda sepatutnya tiada masalah dalam hal ini. Apa yang anda perlu fikirkan ialah bagaimana untuk letakkan atau iklankan produk anda itu dalam internet sahaja. Anda boleh terus pergi ke peringkat kedua.

Buat mereka yang belum mendapat idea dan tiada produk, anda boleh pilih mana-mana cadangan berikut:

  • Cari mana-mana pembekal produk, dapatkan harga yang lebih murah dan jual dalam internet.
  • Hasilkan sendiri produk anda jika anda ada ilmu dan kemahiran.
  • Cuba sertai program affiliate yang dianjurkan orang lain dan belajar memasarkan produk mereka dahulu. Affiliate ialah program buat duit dengan mengiklankan produk orang lain (Google untuk keterangan lanjut).
  • Sertai program dropship yang disediakan oleh orang lain. Pastikan mereka ada latarbelakang sebagai pembekal produk yang baik sebelum anda memilih mereka. Dropship adana program buat duit dengan menjual produk orang lain. Kita tidak perlu simpan stok. Jika ada pelanggan membeli, baru kita bayar kepada pembekal dan pembekal itu akan pos barang kepada pelanggan.

Anda boleh pilih mana-mana peluang yang ada atau buat kajian untuk mendapatkan produk yang mendapat sambutan hangat dalam internet.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita perlu melepasi peringkat ini dahulu!

 

Peringkat Kedua – Membina Platform

Setelah kita memiliki produk atau servis yang ingin ditawarkan kepada pengguna2 internet, perkara yang perlu kita lakukan seterusnya ialah mengiklankannya.

Antara tapak iklan yang boleh dibina secara online ialah:

  • Website.
  • Blog.
  • Facebook.
  • Pinterest.
  • Instagram dan sebagainya.

Platform itu semua hanyalah alat, kita perlu tahu seni membuat iklan dan bagaimana iklan yang baik untuk setiap platform.

Saat ini ramai yang menggunakan Facebook sebagai platform perniagaan mereka.

Ini kerana dengan Facebook kita dapat post sesuatu iklan dengan mudah, cepat dan efektif. Di Facebook juga terdapat jutaan manusia yang sentiasa aktif melayari web itu.

Ia menjadikan Facebook antara tempat terbaik untuk kita jadikan sebagai platform perniagaan online kita.

Jika anda sudah sampai ke peringkat ini, maka bina satu platform untuk mengiklankan produk anda. Kita akan bincangkan perkara ini dalam bab yang lain nanti.

 

Peringkat Ketiga – Pemasaran

Pemasaran adalah nadi utama dalam kejayaan perniagaan. Samada perniagaan menggunakan internet atau tidak, tanpa pemasaran, perniagaan itu akan mati.

Dalam internet, kita dapat membuat pemasaran dengan kos yang amat minima. Ia jauh berbeza dengan membuat pemasaran secara konvensional.

Antara strategi-strategi pemasaran yang terdapat dalam internet ialah:

  • Menggunakan autoresponder dan membina mailing list (database bakal pelanggan).
  • Membuat pemasaran menggunakan Google Adwords.
  • Membuat pemasaran menggunakan Facebook, samada guna profile, group, page atau Facebook Ads.
  • Membuat pemasaran menggunakan media sosial lain selain FB.
  • Membuat pemasaran menggunakan SMS.
  • Membuat pemasaran menggunakan sistem affiliate.
  • Membuat pemasaran dengan JV.
  • Membuat pemasaran dengan menggunakan authority blog/website.

 

Begitu banyak strategi yang boleh kita pelajari dan gunakan. Bagaimanapun kita tidak perlu lakukan semuanya. Cukup dengan fokus salah satu atau 2 jenis pemasaran sahaja untuk peringkat permulaan.

InsyaAllah dalam web ini saya akan huraikan setiap teknik pemasaran yang disenaraikan di atas. Anda cuma perlu belajar apa yang berkaitan dengan anda sahaja!

 

Peringkat Keempat – Jualan & Pengurusan Pelanggan

Ramai orang berniaga dalam internet ingin terus duduk diperingkat ini. Iaitu membuat jualan. Ini kerana peringkat di peringkat ini kita akan dapat terus melihat hasil jualan.

Meskipun begitu, tidak ramai yang menyediakan servis bantuan pelanggan.

Pada peringkat jualan ini terdapat beberapa seni yang kita perlu tahu. Antaranya:

  • Seni ‘close sale’ iaitu memastikan jualan berjaya dihasilkan oleh orang yang bertanya.
  • Seni menguruskan database pelanggan2 yang sudah membuat pembelian.
  • Seni mengambil keuntungan dari senarai pelanggan sedia ada.
  • Seni membuatkan pelanggan sukakan perniagaan kita.

Jika anda sudah berada di peringkat ini, maka rangka sebuah pelan rancangan untuk jualan dan pengurusan pelanggan anda.

 

 

Bab 1: Perniagaan Internet – Pengenalan

Secara asasnya perniagaan internet yang diketahui umum ialah kita menjalankan perniagaan dan membuat pemasaran menerusi internet.

 

Konsep perniagaan atau pemasaran internet itu mudah.

  1. Kita iklankan produk/perniagaan kita dalam internet.
  2. Ada orang lihat dan berminat.
  3. Mereka membuat bayaran secara online.
  4. Kita hantarkan produk kepada mereka.

 

Inilah perkara asas yang kita perlu tahu dan mungkin semua orang sudah tahu perkara ini.

 

Soalnya ialah, bagaimana untuk iklankan produk kita dalam internet?

  • Apakah teknik yang berkesan?
  • Platform apa yang patut kita gunakan? Blog, website atau Facebook?
  • Bagaimana untuk tarik orang tengok iklan kita?
  • Adakah kita dapat yakinkan orang untuk membeli?
  • Apakah sistem yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan bisnes online kita?
  • Bagaimana menulis iklan yang boleh mempengaruhi orang?

 

Dan banyak lagi soalan yang menjadi tanda tanya orang ramai dalam perniagaan internet.

 

Dalam web ini kita akan bincangkannya. InsyaAllah..

 

Bab seterusnya: Klik di sini