,

Bab 3: Tip Mencari Produk

Antara perkara yang paling sukar apabila merancang untuk memulakan perniagaan adalah, memilih produk yang hendak dijual. Ianya adalah sesuatu yang sangat sukar kerana bukan saja produk tersebut mestilah sesuatu yang mempunyai permintaan yang tinggi..tetapi, ia juga mestilah sesuatu yang menguntungkan.

Sebelum anda membuat keputusan produk apa yang hendak dijual, anda hendaklah terlebih dahulu mengambil kira faktor-faktor berikut..

 

1) Produk yang boleh dipasarkan

Tidak kira apa produk yang kita jual…tetapi apa gunanya kalau tiada pelanggan yang membeli. Sebelum anda membuat keputusan apa yang hendak dijual, kenal pasti pasaran anda terlebih dahulu.

Sekiranya anda tahu  siapa pelanggan anda..barulah anda tahu kehendak atau keperluan pelanggan anda. Sekiranya produk anda hanya diperlukan oleh sesetengah orang, maka sudah tentu tidak cukup untuk mengekalkan perniagaan anda.

Pemilihan produk anda tidak perlu memuaskan semua penduduk di sesuatu kawasan..tetapi  ia haruslah boleh meyakinkan peratusan besar pelanggan yang memerlukan.

 

2) Margin Keuntungan

Menjual produk yang mempunyai banyak permintaan pada umumnya lebih menguntungkan, tetapi memerlukan lebih kredibiliti untuk menjual. Apabila anda melihat harga produk anda, jangan lupa untuk mengira kos langsung dan tidak langsung seperti kos overhead.

Jika anda boleh menjual 50 bungkus nasi lemak sehari dengan harga Rm 1 sebungkus dan kos nasi lemak anda adalah Rm 0.50 bagi setiap bungkus, ia mungkin kelihatan seperti anda mempunyai keuntungan sebanyak Rm 25 sehari.

Tetapi, apabila anda mengira kos overhead anda adalah Rm 20 sehari, anda mungkin mendapati bahawa keuntungan anda tidak mencukupi walaupun jualan anda baik. Ini bermakna, penjualan produk yang terbaik tidak semestinya menguntungkan sekiranya margin keuntungan anda adalah terlalu kecil.

 

3) Jualan berulang

Pilih produk yang mempunyai jualan yang berulang. Suatu produk yang perlu dibeli oleh pelanggan secara berulang kali boleh mewujudkan jualan jangka panjang antara penjual dan pembeli.

Dengan mewujudkan pelanggan tetap, pelanggan akan terus kembali membeli dengan anda kerana menggunakan produk anda. Selain itu pelanggan yang berpuas hati akan terus membeli daripada anda produk-produk lain yang berkaitan di masa akan datang.

 

4) Produk yang popular

Apabila memilih untuk menjual produk berdasarkan ‘apa yang popular’, masa adalah amat penting. Trend baru boleh menjadi rangsangan yang baik untuk perniagaan anda, tetapi anda perlu memahami dengan mendalam produk tersebut dalam usaha untuk berjaya. Pembelajaran untuk memilih produk yang panas memerlukan kemahiran yang tinggi apabila anda mengetahui pasaran anda.

 

5) Pesaing

Pesaingan adalah sesuatu yang sihat. Tidak kira sama ada harga anda lebih murah atau mahal, sebaliknya ialah..semakin unik sesuatu produk akan menyebabkan semakin kurangnya pesaing anda..

 

6) Label produk anda sendiri

Salah satu cara untuk menjamin produk yang unik adalah dengan membuat produk label anda sendiri. Salah satu cara lain adalah dengan berkongsi dengan syarikat yang kecil yang membuat produk yang anda boleh jual. Salah satu cara lagi adalah dengan ‘rebranding’ produk yang di buat oleh orang lain dengan jenama anda sendiri.

 

7) Kualiti

Apabila anda telah membuat keputusan apa produk yang hendak dijual di kedai anda, tanya diri anda sendiri.

Adakah anda sanggup menjual produk tersebut kepada sahabat karib anda?

Adakah mereka akan berpuashati dengan produk tersebut?

Kualiti sesuatu produk adalah penting demi untuk menjaga reputasi perniagaan anda.

 

8) Kepelbagaian

Pastikan  produk yang dijual adalah mudah dan tidak merumitkan dari mulanya. Sekiranya anda fokus dengan sesuatu produk, maka pemasaran anda juga akan menjadi lebih fokus. Apabila perniagaan anda semakin berkembang barulah anda mempelbagaikan produk anda bersesuaian dengan konsep perniagaan anda, lokasi dan pasaran anda.

 

Beberapa soalan yang perlu diingat semasa memilih produk untuk dijual semula.

  • Adakah anda sendiri akan menggunakannya?
  • Adakah anda akan mejualnya kepada seseorang yang anda kenal?
  • Adakah terdapat keperluan sebenar untuk produk itu berada di pasaran hari ini?
  • Bolehkah anda bayangkan diri anda menjual produk itu untuk beberapa tahun lagi akan datang?
  • Kunci untuk mempunyai perniagaan yang berjaya adalah dengan mengetahui produk anda dan mempercayai produk yang anda jual. Jika anda tidak percaya pada produk anda sendiri, maka anda mungkin tidak akan berjaya menjualnya kepada pelanggan anda.
  • Sentiasa membuat ‘brainstorming’ dan anda akan menjumpai produk yang akan memenuhi kehendak pasaran sasaran anda dan keupayaan anda untuk mencari sumber produk, membeli dan menjualnya semula.

Nota di atas dipetik di sini.

 

Selain itu lakukan sedikit kajian secara online untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah produk yang laku dan sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Kajian boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa servis berikut:

Mungkin ada yang masih tidak faham dan kurang mesra menggunakan servis2 yang disenaraikan di atas. Tidak mengapa, ambil masa anda untuk belajar menggunakannya.

Terdapat banyak tutorial dan panduan boleh dicari dalam internet tentang servis2 di atas.

.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *