Tag Archive for: fb marketing

Engagement ialah aktiviti pembaca pada post kita samada mereka like, komen, share atau klik post tersebut..

Sebagai contoh, mereka komen ‘PM’.

Ramai peniaga marah apabila ada orang komen ‘PM’ pada post iklan mereka kerana semua detail sudah ditulis dan no.tel untuk dihubungi sudah disediakan.

Saharusnya kita bersyukur jika ramai orang yang komen seperti itu atau komen2 bertanya harga walau harga sudah terang lagi jelas ditulis.

Aktiviti komen mereka itu sebenarnya membantu meningkatkan kepercayaan facebook bahawa post kita punyai engagement yang tinggi. Bermaksud post itu disukai orang untuk berinteraksi.

Apabila ramai yang komen, post itu akan merebak secara organik (tanpa FB Ads) dengan lebih meluas sekaligus mengurangkan kos FB Ads.

Disebabkan itu, apabila ingin membuat iklan menggunakan FB Ads, jangan sekadar memaparkan iklan untuk orang tengok dan beli, tetapi dalam masa yang sama tingkatkan engagement post tersebut.

Sebagai contoh, siapa komen dapat diskaun.

Semakin luas post iklan kita disebarkan secara organik, semakin murah kos iklan dan semakin tinggi peluang mendapat lebih ramai pelanggan.

Dapat belajar sesuatu? Komen ‘Alhamdulillah’.

InsyaAllah komen anda akan membantu orang lain untuk turut mendapat ilmu.

Ramai orang tidak suka apabila kita datang menerpa mereka dan menjual produk-produk yang kita ada secara terus. Cara ini membuatkan orang akan lari dari kita.

Cara menjual seperti itu dikenali sebagai hard-sell. Cara ini sudah ketinggalan zaman. Kini kita perlukan teknik menjual yang lebih baik yang dikenali sebagai soft-selling.

Jual sesuatu dalam keadaan orang tidak perasan bahawa kita menjual sesuatu kepada mereka.

Sebagai contoh, kita ada kenalan yang ramai dalam FB. Kita ingin jual alat penjimatan elektrik kepada mereka. Apa yang perlu kita lakukan bukan buat iklan tentang alat tersebut. Tetapi ceritakan secara berperingkat tentang kegunaannya, manfaatnya, pengalaman menggunakannya dan sebagainya.

Dari cerita-cerita yang kita hasilkan itu, akan ada sahaja orang yang membaca dan berminat. Orang2 ini akan komen dan bertanya tentang di mana mereka boleh dapatkannya.

Dari situlah kita mula menjual produk tersebut kepada mereka.

Ini adalah antara teknik social marketing yang boleh kita gunakan untuk menjual sesuatu tanpa dimarahi orang.

Ia mudah, berkesan dan efektif!