Tag Archive for: motivasi
Kehidupan sekarang penuh dengan cabaran.
Namun cabaran itulah yang akan menentukan kejayaan kita dalam hidup.
Ingat 15 perkara ini jika anda ingin berjaya.
1. Bersyukur & Sentiasa Ingat Kejayaan Yang Lepas
“Tapi saya mana pernah capai apa2 kejayaan yang besar pun??”
Tenang…
Kejayaan bukan diukur pada skala besar atau kecil. Kejayaan adalah suatu perkara yang kita berjaya lepasi dengan baik.
- Dapat masuk sekolah
- Lulus peperiksaan
- Masuk universiti atau pusat pengajian
- Dapat menamatkan pengajian
- Dapat berkahwin dengan si dia
- Dapat mendirikan rumah tangga
- Dapat anak-anak penghibur hati
- Dapat kerja dan gaji setiap bulan
- Dapat membuka sebuah bisnes
- Dapat menghasilkan produk sendiri
- Dapat masak makanan yang disukai orang
- Dapat kawan2 yang sering membantu dan lain2 yang tidak ternilai…
Semua itu adalah kejayaan-kejayaan kita dalam hidup. Bukan semua orang dikurniakan hidup seindah itu.
Mungkin kita menganggap ia perkara biasa-biasa. Tetapi bagi orang lain, ia adalah hidup yang menjadi impian mereka.
Maka sekurang-kurangnya anggaplah ia sebagai kejayaan kecil dalam hidup kita.
Kunci untuk mencapai kejayaan yang lebih besar adalah dengan bersyukur dengan apa yang ada atau kejayaan-kejayaan kecil yang telah kita kecapi selama ini.
Alhamdulillah…
2. Ingat Untuk Merangka Plan / Rancangan
Ya… Semua orang mahu berjaya. Tetapi apakah rancangannya?
Apa plan yang telah dibuat untuk mencapai kejayaan tersebut?
Kejayaan bukan datang dengan meniru rancangan orang lain.
- Orang berjaya buka bisnes produk kecantikan, kita pun mahu tiru.
- Orang berjaya jual goreng pisang coklat, kita pun mahu buat benda yang sama.
- Orang berjaya buka butik pakaian muslimah, kita pun mahu buka butik muslimah.
Meniru perbuatan atau strategi orang yang sudah berjaya bukan salah.
Tetapi jangan sekadar tiru.
- Apa rancangannya?
- Apa Inovasinya?
- Apa haluan kejayaannya?
Semuanya perlu diambil kira. Maka jangan lupa untuk merancang. Dan rancangan itu perlu jelas menunjukkan bagaimana kita boleh berjaya jika mengikut rancangan itu langkah demi langkah.
InsyaAllah…
3. Ingat Untuk Buat Apa Yang Anda Suka
“Tapi ada orang kata jangan buat apa yang kita suka, nanti kita terperangkap dalam minat sendiri. Sedangkan ia tidak berkembang?”
Ya. Itu memang betul.
Tetapi maksud ‘buat apa yang anda suka’ itu lebih luas.
Bukan sekadar buat kerja-kerja yang diminati dan disukai.
Ada banyak lagi perkara lain yang kita belum belajar dan belum tentu kita tidak suka.
Jika anda suka menulis, tulislah dengan penuh minat.
Tetapi dalam masa yang sama, jangan sekadar menulis. Belajar apa lagi yang boleh dibuat dengan minat itu supaya ia berkembang dan memberikan anda peluang untuk berjaya.
Percaya atau tidak, minat dan apa pun yang kita suka akan hilang apabila ia tidak membawa apa-apa hasil. Apabila hidup kita tidak berkembang dan tidak membuahkan apa-apa kejayaan.
Kerana itu buat apa yang kita suka dalam masa yang sama perlu belajar bagaimana menjadikannya sebuah kejayaan yang besar.
4. Ingat, Anda Mungkin Akan Jatuh Berkali Kali
Mahu berjaya bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan cabaran-cabaran yang besar.
Kejatuhan bukanlah satu kegagalan. Maka kita perlu ingat dan bersiap sedia untuk menerima keadaan sukar.
Keadaan di mana kita sedang ditimpa musibah. Saat ini agak mencabar. Kawan lari, keluarga menjauhi dan seumpamanya adalah perkara yang biasanya akan berlaku.
Jadi kita perlu bersiap sedia. Jangan jadikan ia sebagai satu titik punca untuk berputus asa. Sebaliknya jadikannya sebagai sebuah proses untuk kita belajar dan bertindak lebih baik di masa akan datang.
5. Ingat Untuk Belajar Dari Kesalahan Yang Dilakukan
Apabila jatuh atau gagal dalam satu-satu perkara. Kita perlu belajar untuk menerima kesalahan itu dan jadikannya sebagai panduan. Cari jalan penyelesaian. Jangan menunding kesalahan kepada orang lain. Samada kita ditipu, dikhianati, difitnah dan dibuat macam-macam oleh orang lain, kita tetap perlu mencari jalan untuk belajar memperbetulkan diri sendiri.
Sebagai manusia, kita tidak mampu membetulkan orang lain. Itu di luar kemampuan kita. Tetapi kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih berhati-hati.
6. Bersedia Untuk Jadi Orang Yang Produktif Dengan Masa
Kejayaan perlukan komitmen yang tinggi. Maka untuk berjaya, pastikan kita sentiasa produktif dengan masa kita setiap hari.
- Jangan terlampau lama skrol FB, Instagram dan media sosial seumpamnya. Melainkan di situ anda mencari idea dan belajar dari posting-posting orang lain.
- Jangan terlalu lama lepak minum kopi dengan kawan-kawan. Kelak ia akan menjadi tabiat lepak dan sembang yang sia-sia.
- Jangan terlalu lama tidur, nanti ia akan menyebabkan kita penat dan sentiasa mengantuk.
- Jangan ambil masa terlalu lama buat sesuatu kerja, kerana ia akan merugikan masa dan menjadikan kita semakin malas buat kerja tersebut.
Sentiasa produktif dengan masa. Orang berjaya biasanya akan menjalankan 2-3 kerja dalam satu masa.
7. Ingat, Jangan Lupa Menetapkan Matlamat ( Goals )
Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak rintangan yang terpaksa kita tempuhi.
Kadang-kadang hingga mengganggu fokus dan matlamat asal kita.
Jadi kita perlu sentiasa ingat, apakah matlamat sebenar yang ingin dicapai?
Apakah kejayaan yang diidamkan itu?
Letak matlamat-matlamat kecil untuk capai ke matlamat yang lebih besar.
Langkah satu persatu sehingga semakin hampir dengan kejayaan besar tersebut.
8. Sentiasa Ingat Untuk Menjaga Disiplin Diri
Adakala dalam proses untuk berjaya, kita akan terleka dengan pencapaian-pencapaian kecil yang kita perolehi.
Sehingga kita lupa untuk menjaga disiplin diri.
Kita jadi semakin malas, semakin ego dan semakin membesar diri.
Perkara ini akan berlaku jika kita lupa untuk menasihati diri sendiri untuk sentiasa berdisiplin.
Oleh itu, ingatkan diri supaya sentiasa berada dalam track dan menjaga disiplin.
9. Beringat Untuk Menganggung Risiko Dengan Bijak
Ramai orang yang telah berjaya akhirnya bungkus dan gagal kerana tidak mengambil kira risiko-risiko yang bakal dihadapi dengan bijak.
Disebabkan banyak keputusan yang dibuat selama ini memihak kepadanya, memberi kejayaan kepadanya, maka dia sering membuat keputusan dengan menganggap semua yang datang darinya adalah betul dan tepat.
Ini banyak berlaku!
Dari berjaya biasa-biasa, mahu berjaya lebih besar dan cepat.
Akhirnya lingkup dan gulung tikar.
Malah menanggung kerugian yang teruk.
Maka kita kena sentiasa beringat untuk mengira dan mengambil keputusan untuk menanggung sesuatu risiko dengan bijak dan penuh berwaspada.
10. Ingat Untuk Monitor Perkembangan
Dari satu keadaan kita beralih ke keadaan yang lain.
Dari satu situasi kita beralih ke situasi yang lain.
Dari kosong, kita mula ada perkembangan.
Sayangnya kita tidak catat dan rekodkan perkembangan tersebut.
Menyebabkan kita rasa seolah-olah kita tiada sebarang perkembangan dan peningkatan.
Monitor perkembangan perjalanan kejayaan kita. Ia akan membantu kita melihat sejauhmana kita sudah melangkah dan apa lagi yang perlu kita lakukan untuk capai kejayaan tersebut.
11. Sentiasa Ingat Untuk Bercakap Dengan Efektif
Jangan bercakap perkara yang sia-sia.
Jangan bercakap perkara yang boleh merosakkan hubungan.
Jangan bercakap perkara yang boleh menjatuhkan reputasi kita.
Zaman digital ini, bercakap bukan sahaja dengan mulut ketika berjumpa dengan orang.
Kenyataan kita di media sosial, posting di FB, Instagram, Whatsapp dan sebagainya juga memainkan peranan penting.
12. Ingat Untuk Sentiasa Berubah
Saat ini kita sedang berada dalam dunia yang serba pantas.
Bukan hanya pantas dari sudut pergerakan, tetapi pantas juga dalam perubahan.
Strategi yang dulunya bagus, kini mungkin tidak lagi berkesan.
Bisnes yang dulunya mendapat sambutan, kini mungkin orang tidak mahu lagi bisnes seperti itu.
Maka kita perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa. Jangan leka dan jangan statik.
Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
13. Jangan Lupa untuk Berguru & Minta Bantuan
Belajar dari orang, minta bantuan dengan orang yang lebih mahir bukan menandakan kita bodoh.
Malah itulah antara sikap dan amalan orang pandai.
Mereka tidak bergerak seorang diri. Mereka tidak buat semua perkara seorang diri.
Mereka akan belajar dan dapatkan bantuan dari orang yang lebih hebat darinya.
Kita jangan lupa untuk teruskan belajar dari orang yang lebih hebat.
14. Ingat Untuk Percaya Kepada Diri Sendiri
Kebanyakkan orang yang berputus asa adalah kerana mereka tidak percaya mereka boleh berjaya.
Mereka rasa mereka adalah orang yang gagal kerana banyak perkara yang dilakukan tidak berjaya.
Kita perlu sedar, banyak rintangan yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan menuju kejayaan.
Percaya kepada diri sendiri. Sentiasa percaya dan teruskan berjuang.
15. Ingat Untuk Sentiasa Bertawakkal & Memohon Pertolongan Dari Allah
Sehebat mana pun kita, sehebat mana pun rancangan kita, yang akan menentukan ia berjaya atau tidak adalah Allah yang maha esa.
Adakala idea, rancangan dan tindakan kita biasa-biasa sahaja, tetapi kita diberikan kejayaan yang besar.
Bukan kerana hebat kita, tetapi kerana kebesaran dari-Nya.
Begitu juga sebaliknya. Kita tidak akan berjaya selagi Allah tidak mahu kurniakan kita kejayaan.
Kerana itu kita wajib sentiasa muhasabah diri, bermunajab dan meminta kepada-Nya.
Akhir kata dari saya, selamat menempuh perjalanan menuju kejayaan.
Kejayaan itu bukan jauh, bukan dekat, ia terletak pada hati yang sentiasa rasa tenang dan bahagia dalam melalui jalan-jalan ke arah impiannya.
Wan Muhd Ali
Jumaat – 24 Feb 2017
Rujukan: http://www.lifehack.org/articles/productivity/15-things-remember-you-want-successful.html
- Dari model bisnesnya.
- Kumpulan Team bisnes yang hebat.
- Produk yang bersedia memasuki pasaran.
- Sistem yang membantu bisnes berkembang.
- Rancangan jangka pendek dan jangka panjang.
- Pengurusan syarikat.