Tak Sabar Mahu Berjaya? Baca Ini Dulu…

Kejayaan itu sebuah perjalanan, bukan keajaiban.
 
Apabila ingin sampai ke puncak sebuah gunung, kita mesti mendaki langkah demi langkah.
 
Dengan berhati-hati.
 
Jangan tergesa gesa. Ada tempat bahaya yang boleh menyebabkan kita jatuh.
 
Maka perlu berwaspada sehingga sampai ke puncak dengan selamat dan jayanya.
 
Kita tidak mahu sampai ke puncak dalam keadaan sakit, tenat dan penuh luka. Kelak sukar untuk kita turun dengan selamat.
 
Begitulah bisnes, lalui peringkat peringkat kejayaan dengan berhati hati.
 
Pastikan semua perkara dirancang dan diatur dengan baik.
  • Dari model bisnesnya.
  • Kumpulan Team bisnes yang hebat.
  • Produk yang bersedia memasuki pasaran.
  • Sistem yang membantu bisnes berkembang.
  • Rancangan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Pengurusan syarikat.
 
Setelah kita berjaya di puncak kejayaan bisnes, maka kita ingin turun kembali berehat.
 
Orang kampung saya kata ‘Exit Plan’.
 
Jika kita berjaya dengan selamat dan betul, maka proses exit plan itu menjadi mudah.
 
Jika sebaliknya, maka banyak perkara, isu, kesalahan dan situasi sukar yang akan datang menyerang kemudian.
 
Umpama kesakitan yang diam2 dalam badan tiba2 muncul terus sebagai penyakit kronik.
 
Maka jangan kalut2 untuk berjaya. Langkah satu persatu tangga kejayaan dengan sabar dan tenang.
 
Hidup kita bukan untuk bisnes semata, keluarga, agama, kesihatan dan masyarakat juga perlu diberi perhatian.
 
Senyum dengan nyaman.
Wan Muhd Ali
Jumaat – 24 Feb 2017
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *