Bina semula masa depan

Bebas masa, bebas kewangan

Pesan Syeikh, “Menjual produk menggunakan kempen pemasaran yang tidak patuh syariah, seperti menonjolkan imej membuka aurat lelaki mahupun wanita adalah berdosa.” Tambah beliau, “Bisnes yang menarik perhatian dari sudut angkanya adalah produk kecantikan, fesyen dan kesihatan. Ia juga berpotensi menarik anggota badan si peniaga untuk duduk merempat di neraka kelak, jika tidak berhati-hati.” Rezeki Allah […]

Anggaplah Profile FB kita sebagai sebuah buku motivasi kita. Bina diri sendiri dengan cara yang betul. Jadikan ia sumber motivasi. Jadikan ia sumber pendapatan. Jadikan ia sumber pahala. Jadikan ia jambatan untuk ke syurga. Elakkan guna profile FB sekadar untuk beritahu dunia bahawa ‘Saya ada akaun Facebook’.

Sibuk mencari wang bukanlah satu kesalahan. Ada orang cari wang untuk berbakti kepada masyarakat, ada orang cari banyak wang untuk tunaikan haji, ada orang cari wang untuk menambahkan ilmu dan ada orang cari wang untuk menolong orang yang susah.Yang salah ialah mencari wang dengan cara yang tidak diberkati Allah. Jangankan banyak, sedikit pun salah

Untuk memaksimakan Facebook sebagai platform pemasaran, jadilah seorang penembak tepat yang bijak meilhat sasaran. Kita akan berjaya menjual servis atau produk kita kepada orang yang mahukannya, tetapi kita akan gagal menjual dan membina hubungan baik dengan mereka jika tersalah memilih sasaran.

Jika kita berniaga secara online dan inginkan pendapatan pasif, terdapat 3 perkara yang perlu kita berikan perhatian:1 – Perlu mempunyai laman web yang berkerja untuk kita.2 – Punyai pelbagai sumber pendapatan secara online.3 – Bina hubungan, kredibiliti dan pendapatan yang berterusan, bukan sekadar sementara.