Situasi ini banyak berlaku.

Disebabkan itu ramai kawan² saya yang merupakan sifu² bisnes malas nak keluarkan ebook lagi.

Hukum jual ebook orang lain tanpa kebenaran ini adalah HARAM!

Namun ramai yang tak peduli.

Senang² saja jual dan ambil untung sendiri 100%.

Dah la jual dengan harga murah gila, siapa lagi nak beli ebook original yang harganya lebih tinggi.

.

Jika anda nak buat produk digital seperti ebook, maka perkara seperti ini anda perlu ambil perhatian.

Penting untuk melindungi harta intelek anda dan jangan biarkan orang lain jual produk anda sesuka hati mereka.

Ada banyak cara untuk melindungi produk digital anda.

Saya akan ajar caranya dalam kelas Digital Product Mastery nanti.

.

Meskipun ada orang akan curi dan jual balik ebook kita dengan harga murah, jangan jadikan situasi ini sebagai penghalang untuk anda hasilkan produk digital.

Bila kita jual produk digital ni, ada 2 perkara penting kita perlu tahu:

✔️ Kita nak pelanggan yang berkualiti

✔️ Pelanggan nak penjual yang boleh bantu mereka

.

Pelanggan berkualiti akan jadi tribe kita.

Apa itu tribe?

Nanti kita belajar dalam kelas.

Mereka akan buat apa yang dipelajar dan support bisnes kita.

Senang cerita, Loyalty Customer.

Yang beli dekat Shopee dengan harga RM1 – RM5 tu kita tak mahu Customer macam tu.

Mereka bukan sasaran kita.

.

Sebagai Customer pula, kita nak penjual yang betul.

Sebab apa yang kita akan belajar dari produk tersebut perlukan kemahiran dan kepakaran dari pencipta produk tersebut.

Bukan dari pencuri yang hanya copy hasil kerja orang.

Bila salah beli, kita tak akan dapat support dari Owner produk, tak dapat update, tak dapat semua kelebihan yang sepatutnya kita dapat.

.

Waktu saya mula dalam bidang produk digital sekitar tahun 2007 – 2010, ramai tanya:

Kenapa ebook orang jual mahal, sampai harga RM100 – RM300.

Sedangkan buku² bercetak di luar sana hanya RM20 – RM50 saja.

Ebook tu dah la digital, tak perlu cetak.

Tak perlu letak di kedai, tak perlu pos dll. Tapi harga mahal gila!”

.

Jawapannya, nilai yang diberikan tidak sama.

Walaupun kos buku biasa lebih tinggi. Tapi nilai yang diberikan dalam ebook jauh lebih besar.

.

Contoh, bila anda beli ebook, biasanya penulis akan sediakan Group support.

Boleh personal mesej dengan penulis.

Boleh ‘berjumpa’ sesama pembeli yang lain dalam support Group. Maksudnya ada komuniti Customer.

Selain tu, dapat update² terbaru jika info ebook bertambah. Dan macam² lagi nilai yang kita tak akan dapat jika sekadar beli buku fizikal di kedai² buku.

Nilai inilah yang kita kena belajar buat jika mahu hasilkan produk digital.

Dengan nilai ini jugalah produk kita akan jadi MAHAL dan orang sanggup bayar untukmendapatkannya.

.

Dalam kelas Digital Product Mastery yang akan saya adakan awal bulan depan (Oktober), kita akan belajar mencipta nilai² ini.

Bukan sekadar belajar ilmu teknikal.

Ilmu teknikal tu anda boleh Google atau tengok video di YouTube pun boleh.

Ada banyak cara buat produk digital yang diajar di luar sana.

Boleh buat produk, belum tentu boleh jual, jangankan nak jual harga mahal. Jual murah pun belum tentu orang beli.

Tak percaya?

Tengok ebook² di Shopee yang dijual secara haram dengan harga RM1 – RM5, berapa je Sales diorg.

Biasanya antara 10 – 100 Sales saja.

Tapi ebook/buku original terjual ribuan unit.

Itulah bezanya.

Orang beli NILAI, bukan beli PRODUK itu semata mata.

.

Yang dah daftar, kita jumpa dalam kelas Oktober nanti untuk belajar lebih terperinci.

Yang belum daftar, boleh klik di bawah:

DAFTAR DI SINI

Marketing paling berkesan dalam pasaran online mahupun offline adalah Free Merketing.

Free Marketing tu bukan bermaksud buat Marketing tanpa kos.

Sebaliknya bermaksud berikan produk percuma kepada bakal pelanggan.

Contoh:

– Lori milo beri minuman percuma di sekolah.

– Promoter produk berikan tester percuma di pasaraya.

– Air kopi percuma di stesen Petron

– Shopee, Tiktok berikan kos pos percuma untuk pembelian pertama.

– Guna FB, IG, Twitter, TikTok, YouTube secara percuma tanpa sebarang caj.

– Guna Gmail, Google, ChatGPT secara percuma.

Dan banyak lagi…

.

Semua tu kita dapat secara PERCUMA!

Itulah yang dipanggil Free Marketing.

Dengan strategi Free Marketing ini, kita dapat tarik orang untuk cuba produk kita tanpa sebarang caj.

.

Dalam pasaran online, untuk jimatkan kos Marketing, sekaligus menjalankan strategi Free Marketing ini, Owner bisnes perlu hasilkan produk digital.

Produk digital ini bukan untuk dijual.

Tetapi untuk disebarkan secara PERCUMA kepada prospek.

Sebagai contoh:

– Jual produk makanan – Hasilkan ebook/video resepi untuk tarik minat penggemar makanan.

– Menjalankan sistem ejen – Hasilkan ebook strategi mudah menjual secara online sebagai seorang ejen. Dengan itu dapat tarik minat bakal ejen² baru.

– Bina personal branding – Hasilkan ebook/video/member site berkaitan topik dalam branding anda. Dengan produk ini, anda dapat bina kredibiliti dan kumpul database bakal follower tegar anda.

.

Jika tiada produk digital yang boleh diberikan percuma kepada bakal pelanggan, maka kita perlu banyak hasilkan iklan berbayar untuk tarik prospek membeli.

Sebaliknya jika ada produk digital, kita boleh dapatkan database prospek dan gunakan database itu untuk follow up dan remarketing.

.

3 hari lagi sebelum kelas Digital Product Mastery bermula.

Jangan lepaskan peluang untuk belajar menghasilkan produk digital dan gunakan ia sebagai bahan Marketing bisnes anda.

Bagi yang tiada bisnes, tiada produk, jadikan produk digital ini sebagai bisnes baru anda & jana pendapatan secara pasif.

DAFTAR DI SINI

 

Anda mungkin pernah terfikir untuk memulakan perniagaan atas talian yang berjaya, bukan? Terutamanya dalam industri e-dagang yang sentiasa berkembang pesat. Nah, Shopify boleh menjadi jawapan kepada impian anda. Dalam artikel ringkas ini, mari kita kupas peluang, potensi, dan cara untuk menjana pendapatan dalam dolar AS dengan Shopify.

Peluang Bisnes bersama Shopify

  1. Pasaran E-dagang Berkembang Pesat: E-dagang telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian kita, dan trend ini terus meningkat. Ini memberi peluang besar untuk mewujudkan kedai dalam talian yang berjaya.
  2. Model Perniagaan yang Serba Fleksibel: Shopify membolehkan anda menjual pelbagai jenis produk, dari barangan fizikal hingga barangan digital. Anda boleh memilih niche yang sesuai dengan minat dan pengetahuan anda.
  3. Penyesuaian yang Mudah: Anda boleh menyesuaikan kedai dalam talian anda mengikut imej jenama anda. Shopify menyediakan pelbagai tema dan ciri-ciri tambahan yang membolehkan anda mencipta kedai yang unik dan menarik.
  4. Sistem Dropshipping yang Senang: Shopify menyokong model perniagaan dropshipping yang membolehkan anda menjual produk tanpa perlu menyimpan stok sendiri. Ini adalah cara yang popular untuk memulakan perniagaan e-dagang tanpa pelaburan besar.

Potensi Pendapatan bersama Shopify

  1. Skalabiliti Perniagaan: Salah satu kelebihan utama Shopify adalah keupayaan untuk membesarkan perniagaan anda. Dengan membina asas pelanggan yang besar, anda boleh menjana pendapatan yang ketara.
  2. Pasaran Global: Melalui e-dagang, anda boleh menjual produk anda kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini membuka pintu kepada peluang pasaran yang sangat luas.
  3. Model Berulang: Dengan langganan dan produk berulang, anda boleh mencipta aliran pendapatan berulang yang stabil.
  4. Analitik yang Kuat: Shopify menyediakan alat analitik yang cekap yang membantu anda memahami tingkah laku pelanggan anda dan meningkatkan strategi pemasaran anda.

Cara Mudah untuk Membuat Duit dengan Shopify

  1. Pilih Niche yang Sesuai: Pilihlah niche yang mempunyai permintaan tinggi dan yang anda minati. Pengetahuan anda tentang niche ini akan membantu anda memahami pasaran dengan lebih baik.
  2. Bina Kedai Dalam Talian Anda: Ciptakan kedai dalam talian yang menarik dan mudah difahami. Gunakan tema yang sesuai dengan jenama anda dan tambahkan keterangan produk yang informatif.
  3. Strategi Pemasaran Yang Berkesan: Gunakan strategi pemasaran digital seperti iklan Facebook, Google Ads, dan pemasaran media sosial untuk menjangkau calon pelanggan anda. Fikirkan juga tentang SEO untuk meningkatkan kebolehcapaian kedai anda dalam enjin carian.
  4. Pengurusan Inventori Yang Baik: Jika anda menjual produk fizikal, pastikan anda menguruskan inventori dengan cekap. Pastikan produk sentiasa tersedia dan kualitinya terjaga.
  5. Berikan Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang: Berikan perkhidmatan pelanggan yang istimewa. Segera tanggapi pertanyaan dan masalah pelanggan dengan profesional.
  6. Pantau Prestasi Kedai Anda: Pantau prestasi kedai anda secara berkala. Gunakan data analitik untuk menilai strategi anda dan membuat perubahan yang diperlukan.

Shopify telah membantu ramai orang mencapai kejayaan dalam perniagaan e-dagang. Walaupun kejayaan tidak datang dengan serta-merta, dengan usaha gigih, komitmen, dan pengetahuan, anda boleh mencapai kejayaan dalam dunia e-dagang bersama Shopify. Selamat berusaha dalam mencapai impian anda untuk menjana pendapatan dalam dolar AS!

 

Belajar Buat Duit USD Dengan Shopify Di Sini

 

Dalam Video ini saya kongsikan 6 cara buat duit dengan YouTube dengan cara yang berbeza-beza.

Masih ramai yang tak tahu yang kita boleh buat duit dengan YouTube. Bukan setakat buat duit biasa, tetapi buat duit hingga menjadi kaya raya.

Tonton video untuk keterangan lanjut.

Apa yang patut kita buat apabila mahu bina personal branding di alam cyber?

1 – Bila personal blog/website

Di sini tempat kita berceloteh berkaitan niche yang disasarkan. Tulis artikel2 berkaitan dan info yang memberi manfaat kepada pembaca.

2 – FB Profile

Gunakan fb profile yang mempersembahkan ‘siapa anda’ secara santai. Di sini rakan (friend) atau pengikut (follower) ingin mengenali anda sebagai seorang manusia. Bukan robot yang hanya tahu membuat iklan dan pemasaran.

3 – FB Page

Ini adalah tempat berkongsi info yang lebih profesional. Ia digunakan untuk membina hubungan baik dengan pengikut, buat pemasaran, iklan, perkembangan (scale-up) dan bantuan (support).

4 – FB Group

Yang ini hanya diperlukan jika kita ingin berkongsi posting2 khas kepada kumpulan atau komuniti tertentu sahaja. FB Group boleh dibina berbeza-beza sebagai contoh:

    Group support
    Group pelanggan
    Group coaching
    Group video live dan sebagainya.

5 – Telegram Channel

Bagi memudahkan pengikut mendapat update terkini, bina sebuah saluran telegram khas untuk mereka. Di sini mereka akan dapat mengikuti post2 kita terus ke telegram mereka dan mendapat notifikasi. Tiada gangguan soalan2, iklan2 dari pengikut lain seperti group di whatsapp. Mereka hanya boleh baca posting kita sahaja.

6 – Instagram

Ia adalah media sosial untuk berkonsi moment atau detik2 melalui gambar dan video. Pengikut yang suka mengikuti perkembangan dan gaya hidup kita dari masa ke semasa ingin melihat bagaimana corak hidup. Ia sesuai untuk golongan popular seperti artis, DJ, penyanyi, usahawan produk kecantikan dan seumpamanya.

7 – Youtube Channel

Ini umpama sebuah diari video yang menghimpunkan konten2 video yang kita bina. Kita boleh hasilkan video tutorial, rancangan TV sendiri dan menarik lebih ramai penonton yang akan menjadi pengikut kita.

8 – Snapchat (optional)

Ia lebih popular di luar negara. Jika di Malaysia, ia lebih banyak digunakan oleh golongan muda dengan tujuan bersosial semata. Snapchat hakikatnya merupakan saluran yang sangat berpengaruh untuk menarik pengikut menonton aktiviti kita secara live. Dalam masa yang sama boleh digunakan untuk mempromosikan diri, servis, produk secara live.

9 – Email Database / Content

Ini agak advance. Tetapi sangat efektif. Pengikut yang benar2 ingin belajar sesuatu atau mendapat info dari kita, mereka sanggup berikan alamat email dan mengikuti mesej2 yang kita hantar ke email mereka. Di sinilah berkumpulnya database bakal-bakal pelanggan yang sangat berpotensi.

10 – Bina Produk Digital / Fizikal

Produk digital seperti ebook, video, audio atau artikel. Produk fizikal pula seperti buku, program2, acara, seminar, bengkel dan sebagainya. Produk-produk umpama ini akan memberi nilai tambah kepada kita untuk menarik pengikut yang berkualiti untuk lebih mendalami ilmu yang kita sampaikan atau lebih mendekati kita.

Baik! 10 perkara ini sekali lihat macam banyak sangat kerja kena buat. Jangan risau, buat satu-satu dahulu. Bermula dari mana yang kita mahir.

Kemudian bangunkan satu persatu menjadi sebuah rangkaian digital yang mempersembahkan diri kita. Dari situ pengikut akan menemui sebuah perjalanan yang panjang tentang diri kita.

Berulang-ulang mengikuti kita di media sosial dan dalam berbagai-bagai saluran. Maka melekatlah personal brand kita dalam kepala follower.

Begitulah.

Maaf, twitter, pinterest dan linkedin tak termasuk dalam senarai kali ni. Twitter sesuai untuk golongan profesional yang sudah punya pengikut. LinkedIn untuk golongan profesional dan kerjaya. Pinterest pula lebih kepada golongan seni dan kreatif.

Wan Muhd Ali

www.wanmuhdali.com

Dalam audio kali ini saya kongsikan bagaimana mindset atau cara berfikir orang bisnes.

Dengan cara berfikir yang betul, kita dapat kembangkan bisnes ke tahap seterusnya.

Bukan kerana produknya.
 
Produk tak bagus, ia boleh dibaiki.
 
Bukan kerana sistemnya.
 
Sistem tak baik, boleh diubahsuai.
 
Bukan kerana Team.
 
Team boleh bertukar ganti.
 
Bukan kerana pemasarannya.
 
Pemasaran yang lembab boleh dikemaskini.
 
Bukan kerana modal.
 
Tak ada modal, boleh dicari.
 
Bukan kerana ada pelanggan tetap.
 
Bisnes memang bermula tanpa pelanggan.
 
Bisnes bukan berjaya kerana ada syarikat Sdn. Bhd, PLT atau enterprise.
 
Ia hanya satu lesen yang menentukan cara kita berurus niaga.
 
Bukan juga kerana ada pelabur atau budget yang besar.
 
Ini boleh dicari dan diusahakan.
 
Sesuatu bisnes akan berjaya apabila…
 

YOU NEVER GIVE UP!

 
Selagi tidak berputus asa, anda mampu mengubah bisnes itu dari biasa2 menjadi empayar kejayaan yang besar.
 
Jika kamu mahu jatuhkan sesebuah bisnes, jatuhkan semangat dan keupayaan pengusahanya sehingga mereka berputus asa.
 
Jika kamu tidak mampu melakukan perkara itu, maka lihat saja mereka kembali bangkit untuk mencapai kejayaan.
 
Salam kejayaan buat mereka yang tidak pernah berputus asa.
 
ANDA INSPIRASI DUNIA!
 
Sila share post ini atau tag rakan2 bisnes anda sebagai movitasi pembangkit semangat mereka.
Kita ambil contoh kedai menjual sate tepi jalan.
 
Bahan2 yang diperlukan:
  • 1 Facebook Profile
  • 1 Facebook Page
  • 2 FB Group
  • 1 nama domain
  • 1 hosting
  • 1 laman web
  • 1 No. whatsapp
  • 1 Ads manager
  • 50 – 100 gambar2 bisnes
 

Langkah 1:

Bina satu website, masukan domain, hosting yang dinyatakan di atas tu di sini.
Apa tujuan website ini?
  • Branding
  • Marketing
  • Info tentang bisnes
  • Order online/booking
  • Senarai harga
  • Contact form
  • Google listing
  • FB pixel
  • Google My Business

Langkah 2:

Login ke FB profile kemudian bina:
  • FB Page
  • FB Group
  • Ads Manager (FB Ads)
Apa tujuan 3 perkara di atas?
 
FB Page:
  • Update perjalanan bisnes
  • Branding
  • FB listing
  • Carian Google
  • Marketing
  • Iklan
  • Bina hubungan
 
FB Group:
  • Blast update
  • Blast info
  • Offer
  • Managment
  • Follow up
  • Tribe
 
Ads Manager:
  • Menguruskan iklan di FB Page
  • Database audience
  • Database Customer
  • Retargeting
  • Branding
  • Marketing

Langkah 3:

Pautkan (link) Page, group, laman web dan profile tersebut.
 
+ Update perkembangan bisnes secara santai di FB profile.
 
+ Update info2 dan promosi terkini di FB Page.
 
+ Bina hubungan dengan pelanggan setia di FB Group Customer.
 
+ Bina hubungan dengan Team, agen dll di FB Group Bisnes.
 
+ Bina content marketing dalam web di bahagian blog. Berikan info2 berkaitan bisnes, cerita2 tempahan pelanggan, testimoni dan Lain2 yang sedap dibaca.
 

Langkah 4:

 
Konsisten dan Istiqamah:
 
  • update
  • marketing
  • Branding
  • engagement
 
Kenapa perlunya sebuah bisnes yang hanya menjual sate tepi jalan untuk ada semua benda ni?
 
+ Cipta jenama tersendiri
 
+ Tempahan dari orang luar yang tak pernah pergi kedai anda
 
+ Tempahan terus secara online
 
+ Bisnes anda dijumpai dalam carian Google
 
+ Bisnes anda dijumpai dalam carian di FB
 
+ Autopilot
 
+ Menambah segmen pelanggan
 
+ Membina tribe tersendiri
 
+ Peluang memasuki pasaran baru
 
+ Peluang untuk mengembangkan bisnes
 
+ Peluang mendapat perhatian pelabur
 
Moga bermanfaat.
 
Post ini boleh dishare dengan gembira.
Orang bekerja tunggu gaji, orang berniaga tunggu pelanggan dapat gaji. Sebab tu kalau berniaga, Jangan kondem orang makan gaji. Itu PELANGGAN!

Kehidupan sekarang penuh dengan cabaran.

Namun cabaran itulah yang akan menentukan kejayaan kita dalam hidup.

Ingat 15 perkara ini jika anda ingin berjaya.

 

1. Bersyukur & Sentiasa Ingat Kejayaan Yang Lepas

“Tapi saya mana pernah capai apa2 kejayaan yang besar pun??”

Tenang…

Kejayaan bukan diukur pada skala besar atau kecil. Kejayaan adalah suatu perkara yang kita berjaya lepasi dengan baik.

  • Dapat masuk sekolah
  • Lulus peperiksaan
  • Masuk universiti atau pusat pengajian
  • Dapat menamatkan pengajian
  • Dapat berkahwin dengan si dia
  • Dapat mendirikan rumah tangga
  • Dapat anak-anak penghibur hati
  • Dapat kerja dan gaji setiap bulan
  • Dapat membuka sebuah bisnes
  • Dapat menghasilkan produk sendiri
  • Dapat masak makanan yang disukai orang
  • Dapat kawan2 yang sering membantu dan lain2 yang tidak ternilai…

Semua itu adalah kejayaan-kejayaan kita dalam hidup. Bukan semua orang dikurniakan hidup seindah itu.

Mungkin kita menganggap ia perkara biasa-biasa. Tetapi bagi orang lain, ia adalah hidup yang menjadi impian mereka.

Maka sekurang-kurangnya anggaplah ia sebagai kejayaan kecil dalam hidup kita.

Kunci untuk mencapai kejayaan yang lebih besar adalah dengan bersyukur dengan apa yang ada atau kejayaan-kejayaan kecil yang telah kita kecapi selama ini.

Alhamdulillah…

 

2. Ingat Untuk Merangka Plan / Rancangan

Ya… Semua orang mahu berjaya. Tetapi apakah rancangannya?

Apa plan yang telah dibuat untuk mencapai kejayaan tersebut?

Kejayaan bukan datang dengan meniru rancangan orang lain.

  • Orang berjaya buka bisnes produk kecantikan, kita pun mahu tiru.
  • Orang berjaya jual goreng pisang coklat, kita pun mahu buat benda yang sama.
  • Orang berjaya buka butik pakaian muslimah, kita pun mahu buka butik muslimah.

Meniru perbuatan atau strategi orang yang sudah berjaya bukan salah.

Tetapi jangan sekadar tiru.

  • Apa rancangannya?
  • Apa Inovasinya?
  • Apa haluan kejayaannya?

Semuanya perlu diambil kira. Maka jangan lupa untuk merancang. Dan rancangan itu perlu jelas menunjukkan bagaimana kita boleh berjaya jika mengikut rancangan itu langkah demi langkah.

InsyaAllah…

 

3. Ingat Untuk Buat Apa Yang Anda Suka

“Tapi ada orang kata jangan buat apa yang kita suka, nanti kita terperangkap dalam minat sendiri. Sedangkan ia tidak berkembang?”

Ya. Itu memang betul.

Tetapi maksud ‘buat apa yang anda suka’ itu lebih luas.

Bukan sekadar buat kerja-kerja yang diminati dan disukai.

Ada banyak lagi perkara lain yang kita belum belajar dan belum tentu kita tidak suka.

Jika anda suka menulis, tulislah dengan penuh minat.

Tetapi dalam masa yang sama, jangan sekadar menulis. Belajar apa lagi yang boleh dibuat dengan minat itu supaya ia berkembang dan memberikan anda peluang untuk berjaya.

Percaya atau tidak, minat dan apa pun yang kita suka akan hilang apabila ia tidak membawa apa-apa hasil. Apabila hidup kita tidak berkembang dan tidak membuahkan apa-apa kejayaan.

Kerana itu buat apa yang kita suka dalam masa yang sama perlu belajar bagaimana menjadikannya sebuah kejayaan yang besar.

 

4. Ingat, Anda Mungkin Akan Jatuh Berkali Kali

Mahu berjaya bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan cabaran-cabaran yang besar.

Kejatuhan bukanlah satu kegagalan. Maka kita perlu ingat dan bersiap sedia untuk menerima keadaan sukar.

Keadaan di mana kita sedang ditimpa musibah. Saat ini agak mencabar. Kawan lari, keluarga menjauhi dan seumpamanya adalah perkara yang biasanya akan berlaku.

Jadi kita perlu bersiap sedia. Jangan jadikan ia sebagai satu titik punca untuk berputus asa. Sebaliknya jadikannya sebagai sebuah proses untuk kita belajar dan bertindak lebih baik di masa akan datang.

 

5. Ingat Untuk Belajar Dari Kesalahan Yang Dilakukan

Apabila jatuh atau gagal dalam satu-satu perkara. Kita perlu belajar untuk menerima kesalahan itu dan jadikannya sebagai panduan. Cari jalan penyelesaian. Jangan menunding kesalahan kepada orang lain. Samada kita ditipu, dikhianati, difitnah dan dibuat macam-macam oleh orang lain, kita tetap perlu mencari jalan untuk belajar memperbetulkan diri sendiri.

Sebagai manusia, kita tidak mampu membetulkan orang lain. Itu di luar kemampuan kita. Tetapi kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih berhati-hati.

 

6. Bersedia Untuk Jadi Orang Yang Produktif Dengan Masa

Kejayaan perlukan komitmen yang tinggi. Maka untuk berjaya, pastikan kita sentiasa produktif dengan masa kita setiap hari.

  • Jangan terlampau lama skrol FB, Instagram dan media sosial seumpamnya. Melainkan di situ anda mencari idea dan belajar dari posting-posting orang lain.
  • Jangan terlalu lama lepak minum kopi dengan kawan-kawan. Kelak ia akan menjadi tabiat lepak dan sembang yang sia-sia.
  • Jangan terlalu lama tidur, nanti ia akan menyebabkan kita penat dan sentiasa mengantuk.
  • Jangan ambil masa terlalu lama buat sesuatu kerja, kerana ia akan merugikan masa dan menjadikan kita semakin malas buat kerja tersebut.

Sentiasa produktif dengan masa. Orang berjaya biasanya akan menjalankan 2-3 kerja dalam satu masa.

 

7. Ingat, Jangan Lupa Menetapkan Matlamat ( Goals )

Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak rintangan yang terpaksa kita tempuhi.

Kadang-kadang hingga mengganggu fokus dan matlamat asal kita.

Jadi kita perlu sentiasa ingat, apakah matlamat sebenar yang ingin dicapai?

Apakah kejayaan yang diidamkan itu?

Letak matlamat-matlamat kecil untuk capai ke matlamat yang lebih besar.

Langkah satu persatu sehingga semakin hampir dengan kejayaan besar tersebut.

 

8. Sentiasa Ingat Untuk Menjaga Disiplin Diri

Adakala dalam proses untuk berjaya, kita akan terleka dengan pencapaian-pencapaian kecil yang kita perolehi.

Sehingga kita lupa untuk menjaga disiplin diri.

Kita jadi semakin malas, semakin ego dan semakin membesar diri.

Perkara ini akan berlaku jika kita lupa untuk menasihati diri sendiri untuk sentiasa berdisiplin.

Oleh itu, ingatkan diri supaya sentiasa berada dalam track dan menjaga disiplin.

 

9. Beringat Untuk Menganggung Risiko Dengan Bijak

Ramai orang yang telah berjaya akhirnya bungkus dan gagal kerana tidak mengambil kira risiko-risiko yang bakal dihadapi dengan bijak.

Disebabkan banyak keputusan yang dibuat selama ini memihak kepadanya, memberi kejayaan kepadanya, maka dia sering membuat keputusan dengan menganggap semua yang datang darinya adalah betul dan tepat.

Ini banyak berlaku!

Dari berjaya biasa-biasa, mahu berjaya lebih besar dan cepat.

Akhirnya lingkup dan gulung tikar.

Malah menanggung kerugian yang teruk.

Maka kita kena sentiasa beringat untuk mengira dan mengambil keputusan untuk menanggung sesuatu risiko dengan bijak dan penuh berwaspada.

 

10. Ingat Untuk Monitor Perkembangan

Dari satu keadaan kita beralih ke keadaan yang lain.

Dari satu situasi kita beralih ke situasi yang lain.

Dari kosong, kita mula ada perkembangan.

Sayangnya kita tidak catat dan rekodkan perkembangan tersebut.

Menyebabkan kita rasa seolah-olah kita tiada sebarang perkembangan dan peningkatan.

Monitor perkembangan perjalanan kejayaan kita. Ia akan membantu kita melihat sejauhmana kita sudah melangkah dan apa lagi yang perlu kita lakukan untuk capai kejayaan tersebut.

 

11. Sentiasa Ingat Untuk Bercakap Dengan Efektif

Jangan bercakap perkara yang sia-sia.

Jangan bercakap perkara yang boleh merosakkan hubungan.

Jangan bercakap perkara yang boleh menjatuhkan reputasi kita.

Zaman digital ini, bercakap bukan sahaja dengan mulut ketika berjumpa dengan orang.

Kenyataan kita di media sosial, posting di FB, Instagram, Whatsapp dan sebagainya juga memainkan peranan penting.

 

12. Ingat Untuk Sentiasa Berubah

Saat ini kita sedang berada dalam dunia yang serba pantas.

Bukan hanya pantas dari sudut pergerakan, tetapi pantas juga dalam perubahan.

Strategi yang dulunya bagus, kini mungkin tidak lagi berkesan.

Bisnes yang dulunya mendapat sambutan, kini mungkin orang tidak mahu lagi bisnes seperti itu.

Maka kita perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa. Jangan leka dan jangan statik.

Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

 

13. Jangan Lupa untuk Berguru & Minta Bantuan

Belajar dari orang, minta bantuan dengan orang yang lebih mahir bukan menandakan kita bodoh.

Malah itulah antara sikap dan amalan orang pandai.

Mereka tidak bergerak seorang diri. Mereka tidak buat semua perkara seorang diri.

Mereka akan belajar dan dapatkan bantuan dari orang yang lebih hebat darinya.

Kita jangan lupa untuk teruskan belajar dari orang yang lebih hebat.

 

14. Ingat Untuk Percaya Kepada Diri Sendiri

Kebanyakkan orang yang berputus asa adalah kerana mereka tidak percaya mereka boleh berjaya.

Mereka rasa mereka adalah orang yang gagal kerana banyak perkara yang dilakukan tidak berjaya.

Kita perlu sedar, banyak rintangan yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Percaya kepada diri sendiri. Sentiasa percaya dan teruskan berjuang.

 

15. Ingat Untuk Sentiasa Bertawakkal & Memohon Pertolongan Dari Allah

Sehebat mana pun kita, sehebat mana pun rancangan kita, yang akan menentukan ia berjaya atau tidak adalah Allah yang maha esa.

Adakala idea, rancangan dan tindakan kita biasa-biasa sahaja, tetapi kita diberikan kejayaan yang besar.

Bukan kerana hebat kita, tetapi kerana kebesaran dari-Nya.

Begitu juga sebaliknya. Kita tidak akan berjaya selagi Allah tidak mahu kurniakan kita kejayaan.

Kerana itu kita wajib sentiasa muhasabah diri, bermunajab dan meminta kepada-Nya.

Akhir kata dari saya, selamat menempuh perjalanan menuju kejayaan.

Kejayaan itu bukan jauh, bukan dekat, ia terletak pada hati yang sentiasa rasa tenang dan bahagia dalam melalui jalan-jalan ke arah impiannya.

 

Wan Muhd Ali
Jumaat – 24 Feb 2017

 

Rujukan: http://www.lifehack.org/articles/productivity/15-things-remember-you-want-successful.html